Assalamualaikum wrt. Apa khabar semua? Mudah2an semua sihat walafiat dan bertambah bahagia. Gitteewww. Alhamdulillah 2 hari lepas, dengan izinNya, saya telah lulus viva voce untuk Ph.D. (Maths) UTM. Ingin saya coretkan (peh dah pandai guna perkataan coret sekarang) pengalaman yang saya lalui buat ingatan diri saya sendiri di kemudian hari, dan kalau ada yang berminat untuk mengetahui proses viva voce, bolehlah membaca coretan saya ini untuk mendapatkan gambaran dan seterusnya lebih bersedia menghadapi sesi viva voce masing2. Di sini saya ingin kongsikan juga berita mengenai pemergian mama saya Rugayah Ahmad pada 23 Oktober 2014 dari dunia ini ke alam yang lain di mana ayah saya Mohammad bin Mustam juga sudah berada di alam yang sama pada 29 Jun 2011. Mudah2an jerih payah setiap ujian kehidupan yang diharungi termasuk ujian hidup ada anak degil keras kepala macam saya dan segala amalan yang dikerjakan, menjadikan kehidupan mereka lebih bahagia di alam sana. Walau tidak dinafikan, saya merasa amat sedih dengan pemergian ibu saya tetapi saya terpaksa bajet kuat dan melupakan sebentar perkara tersebut kerana saya perlu membuat persediaan untuk viva voce. Saya percaya mama tak mahu saya sedih melarat hingga tidak bersedia untuk viva voce. Bagi saya, saya sangat beruntung kerana budaya kumpulan penyelidikan (research group) saya untuk melakukan mock viva sebelum viva voce yang sebenar. Oleh kerana saya telah menulis tesis saya dalam LaTeX, jadi lebih mudah untuk saya menyediakan slides untuk pembentangan menggunakan Beamer dalam LaTeX juga. Boleh muat turun template beamer untuk UTM dari pautan ini: http://liantze.penguinattack.org/download_beamerthemeSkudai.html Berlatih acah2 viva di depan orang ramai sangat membantu untuk anda kurang gelabah dan kekok ketika membentangkan kerja anda pada hari dan waktu kejadian. Anda boleh bermonolog meyakinkan diri sendiri yang aku dah buat benda ni. Aku cuma perlu ulang semula je dengan lebih baik. I got this covered. Banyakkan berselawat. Minta Allah lapangkan dada dan lancarkan lidah. Sebaiknya sehari sebelum viva, kita pergi ke bilik viva yang telah ditetapkan dan membiasakan diri dengan ruang dan kemudahan bilik tersebut. Pastikan papan putih yang ada dibersihkan. Ada markers yang boleh digunakan untuk tujuan menerangkan jawapan anda jika perlu. Cuba sampai berjaya untuk menghubungkan komputer anda dengan projektor dan pastikan warna dan saiz paparan oleh projektor adalah sama / kualiti yang baik seperti yang kita telah sediakan di dalam komputer. Kemudian boleh cuba present syok sendiri sorang2 beberapa kali dalam bilik viva tu sampai kita rasa selesa dan tak cuak. Sampai kita dah bosan tahap it's enough for today I can't wait for tomorrow. Pada hari kejadian, pastikan anda bangun awal. Malam sebelum tu pastikan semua barang yang nak dibawa bersama telah tersedia. Esok pagi tinggal mandi, siap2, boleh terus pergi. Yang paling penting untuk dibawa bersama adalah komputer riba, tesis, salinan slides anda dalam pendrive, salinan slides yang telah dicetak untuk kegunaan pemeriksa dan pengerusi, tak dilupakan IC dan kad matrik. Sebaiknya datang awal ke bilik viva sebelum semua orang lain masuk. Saya sangat bersyukur kerana semua yang terlibat hadir menjayakan sesi viva voce saya. Orang2 yang terlibat dalam sesi viva voce ialah pemeriksa dalam dan luar, pengerusi dan timbalan pengerusi, dan juga penyelia saya. Pastikan anda catatkan nama setiap insan ini supaya tidak tersalah sebut. Nama penyelia sendiri tak payah la catat. Melampau sungguh kalau belajar PhD dah bertahun2 tapi nama penyelia sendiri pun tak ingat. Anak didik derhaka sangat. Gitteewww. Setelah semuanya hadir, pengerusi telah meminta saya dan penyelia untuk meninggalkan bilik tersebut sebentar bagi mereka melakukan sedikit perbincangan. Selesai berbincang, pengerusi memanggil kami untuk masuk semula dan saya dipinta untuk memulakan pembentangan dalam tempoh 25 hingga 30 minit. Setelah selesai pembentangan, pengerusi meminta para pemeriksa untuk memberikan komen / soalan. Luckily no questions, just some comments. Kemudian sesi viva voce diteruskan dengan menyemak tesis saya helaian demi helaian. Yang ni yang capek banget ni. Untung tesis saya 100+ pages saja. Tak boleh bayang kalau yang rajin menulis sampai 300+ pages tu jenuh la. Nasib baik dah siap2 bawak Clorets, waffles, roti jagung, air kotak nak bagi jangan ngantuk. Kita bukan tak kenal diri sendiri kan? Jadi bawa la apa yg patut. Masa sesi selak menyelak ni juga la saya ditanyakan soalan mengikut kandungan yang kurang jelas atau menimbulkan kecurigaan para pemeriksa. Alhamdulillah segala pertanyaan yang diajukan hanya berkaitan dan tertakluk pada isi kandungan penulisan dan kajian. Kalau agak terkeluar sedikit pun pemeriksa sendiri yang minta maaf atas soalan diajukan dan minta dimasukkan dalam bahagian 'suggestion for future work'. Alhamdulillah kedua2 pemeriksa saya sangat terbuka dengan penjelasan/jawapan/pandangan yang saya utarakan. Takde la kene caras ke apa. Lebih kepada sesi nak menambah baik tesis dan sesi pembaca bertemu penulis. Bila dah selesai menyelak seluruh tesis saya, saya diminta untuk sekali lagi meninggalkan bilik tersebut. Allah je yang tahu dia punya nervous menunggu apalah nasib saya. Dapat ke tidak ni. Sorang2 duduk di luar sambil kaki kuis2 angin. Dalam 5 minit kemudian, saya dipanggil untuk masuk semula. Bila pengerusi mula cakap "Sukacitanya, dengan ini kami menganugerahkan", terus mata 'masuk habuk secara pukal' berserta terasa 'memotong bawang besar 30 kilo'. Teresak2 sampai pengerusi terberhenti sebentar. Pemeriksa saya pun terkejut dah kenapa pulak budak ni menangis beriya. Tadi macam cool bergaya sangat. They were wondering why I was crying out loud. Penyelia saya yang memang dah masak sangat perangai saya pun memaklumkan kepada yang lain tentang pemergian ibu saya baru beberapa hari lalu, keadaan saya yang sebelum itu menghadapi pemergian ayah saya sewaktu tahun 2 PhD dan sebenarnya saya sangat stres tapi saya simpan. Tu yang bila habis je keluar semua tangisan yang disimpan. Tak pasal2 dengan pemeriksa luar saya, timbalan pengerusi pun meleleh sama. Perasaan masa tu sangat bersyukur pada Allah telah mengkabulkan impian saya, abah dan mama. Saya berharap kalau boleh disampaikan berita, moga Allah sampaikan berita gembira ini pada kedua mama dan abah saya yang akhirnya anak dia lulus setelah 4 tahun lamanya. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua. Sungguh saya bersyukur Allah telah menghantar anda, anda, anda dan anda mengisi hidup saya dan bersama2 dalam perjalanan saya sebagai pelajar PhD. Buat yang bakal menamatkan pengajian, saya doakan anda dapat lulus dengan bergaya. Bangun pagi sehari selepas viva pun menangis lagi. Rasa macam tak percaya je dah jadi Dr. Konon bercita2 nak tidur lama sikit tapi tak boleh. Badan dah terprogram selama PhD untuk bangun awal dan buat kerja pagi2. Another thing sebab dah terbiasa dengan arwah abah saya yang akan call sekitar jam 11 pagi dan tanya kerja apa yang dah siap. Sebagai tanda terima kasih, nah belanja sikit uols gambar kita selepas viva voce. Jangan download buat wallpaper pulak :P Kahkahkah feeling retis betul statement. p.s. Boleh muat turun slides viva saya di sini. Harap ianya membantu kawan2 yang sedang bersiap sedia untuk viva.
24 Comments
5/11/2014 04:01:01 pm
Takziah Dr Farahain... Baru tahu mama Wawi dah meninggal.. dan tahniah utk kejayaan, moga terus sukses selalu...
Reply
Wawi
6/11/2014 08:50:37 am
Alhamdulillah. Ameeeen. Terima kasih Nisa. Maaf tak berkesempatan nak datang walimah Nisa. Insha Allah balik Kuantan nanti kita jumpa ye. BTW, selamat pengantin baru !
Reply
zatilinajolie
6/11/2014 09:48:35 am
"Pada hari kejadian, pastikan anda bangun awal."
Reply
Wawi
7/11/2014 04:42:40 pm
Pecah lubang alarm bunyi 3 pagi tu takpe lagi.
Reply
nabilah
6/11/2014 04:43:10 pm
Big hug wawi!!! Tahniah.... hmmm mata ni pon masuk habuk lori pasir lalu depan rumah. :') Tahniah alhmdulillah. All the best in ur future ahead dr wawi! Big hug!!!! ^-^
Reply
Wawi
7/11/2014 04:44:26 pm
*BIG HUG*
Reply
zalela
17/11/2014 09:08:08 am
Tahniah Dr Farahain... Saya insyAllah akan Viva pada 25 Nov ini.... Terimakasih atas tips yang diberikan dan menjadikan saya lebih bersedia untuk menghadapinya.....Semoga terus cekal dalam menjalani kehidupan ini.....
Reply
Wawi
18/11/2014 06:06:56 pm
Alhamdulillah.
Reply
Zuraidah Juliana
16/10/2015 06:47:54 am
Assalamualaikum Dr, Thniah!! Boleh saya minta slide viva Dr untuk dijadikan rujukan dan persediaan buat saya?
Reply
Wawi
16/10/2015 09:49:08 pm
Wa'alaikumussalam wrt.
Reply
Zuraidah juliana Mohamad Yusoff
17/1/2016 09:05:11 am
Syukran jazilan Dr...
Reply
Wawi
20/5/2016 03:15:35 am
terima kasih. boleh saya tahu alamat email awak?
Fara Omar
18/11/2015 07:02:11 pm
Alhamdulillah Tahniah Dr.
Reply
Wawi
27/11/2015 08:31:01 pm
Alhamdulillah, terima kasih Fara.
Reply
Noor
12/7/2016 06:45:25 pm
Assalamualaikum Dr Farahain,
nurulhuda
24/4/2016 11:11:20 pm
Tahniah Dr. Dr, blh tlg emailkan slide viva Dr untuk saya refer? Terima kasih Dr.
Reply
Wawi
20/5/2016 03:23:46 am
Alhamdulillah. Saya sudah kirimkan slide viva ke emel awak. Selamat maju jaya!
Reply
hidayah
21/5/2016 10:06:02 am
salam dr bolrh tlg emailkan slide viva Dr sebagai rujukan saya? minggu depan kemungkinan saya ada presentation viva. terima kasih dr :) ni email saya [email protected]
Reply
Salwani Binti Hassan
18/7/2016 07:09:39 pm
Sy menungu suami sdg berVIVA.. harap semuanya dipermudahkan...
Reply
Laili
18/5/2019 01:13:04 am
Assalamualaikum Dr...
Reply
hanita
27/6/2020 02:04:04 am
assalamualaikum Dr, boleh saya minta contoh slide viva, saya akan menduduki viva voice. tqvm Dr.
Reply
Aida
11/10/2021 05:56:37 pm
Assalamualaikum Dr Nurul Farahain. Saya telah membaca blog Dr dan telah download slide viva Dr untuk dijadikan sebagai rujukan. Terima kasih, Dr. Mohon juga doakan saya ye.
Reply
Leave a Reply. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|