Jangan risau.
Ini bukan post berbayar. Benda baik kene puji dan sebar. Baru2 ni punya la payah cari cartridge printer dari satu kedai ke kedai lain. Maklumlah aku dok ulu kan. Payah nak cari barang2 teknologi ni. Tetiba terfikir, try la beli online. Ni akibat dah biasa beli buku online la ni, dah berjangkit beli cartridge printer pulak kan. Usha2 line kat Google, jumpa online shop namanya Toner Save. (klik untuk ke laman web mereka). Tengok instructions clear, macam boleh percaya je ni. Maka aku pun order la kat situ. Untuk pembayaran, boleh direct debit, credit payment takpun nak pakai PayPal pun boleh. Selesai pembayaran, mereka terus hantar resit pembayaran ke emel korang dan kemudian orang kedai akan call korang untuk confirm-kan order yang korang buat tu. Barang kemudiannya dihantar secara pos sama ada melalui perkhidmatan PosLaju atau GDex. Nak cerita aku punya puas hati sebab service cepat, website user-friendly memang senang gila nak guna, service pun okay (confirmation call, delivery barang ke post office pada hari yang sama (kalau order before 2pm), bungkus barang tip-top), so bagi aku yg duduk ulu experience cari cartridge dari kedai ke kedai menghabiskan duit minyak tak tentu hala, memang PUAS HATI GILA sebab harini order, esoknya sampai pintu rumah aku kat Kg. Oren. Barang pun memang original cartridge. Siap bagi free gift benda comel fruit notes. Bende kecik tapi buat customer happy. Sorry la takde upload gambar. Maklum la dok ulu. Internet cikai2 je asal boleh surf. Insha Allah ada rezki internet laju, aku upload bukti pembelian eh. Sekian, selamat hari raya!
0 Comments
Tajuk: Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu Pengarang: Kiyai Haji Muhammad Hasyim Asy'ari Penerbit: Pelima Media Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 116 ISBN: 978-967-5999-15-4 Harga: RM 15.00 Kitab Faktor Adab dalam Meraih Berkat Ilmu ini merupakan terjemahan kitab berbahasa arab iaitu Adabul 'Alim wa Al-Muta'allim. Pada mulanya apa yang menarik aku untuk membeli buku ini adalah untuk menyegarkan ingatan bagaimana saya belajar mengaji dengan penuh adab sewaktu kanak-kanak dahulu dan bagi menyemarakkan semangat untuk mendalami ilmu pengajaran dan interaksi dengan bakal pelajar. Almaklum la insha Allah tahun depan dah kena mula mengajar. Kenalah mula update skill and knowledge nak tackle students. Buku ni senang cite ringkas, straight to the point tetapi masih penuh hikmah. Antara adab2 yang dimuatkan dalam buku ini ialah adab menuntut ilmu, adab pelajar terhadap guru, adab bagi guru, adab mengajar, dan tak ketinggalan adab terhadap kitab / buku pun ada. Kalau tengokkan nama penulis tu ada kiyai kat depan, mesti korang bajet2 ni buku buat orang belajar agama je. Seriously isi dan contoh yang dikongsi dalam buku ni memang boleh diaplikasi oleh ahli akademik tanpa mengira bidang. Lagipun tak baik tau pisah2kan pendidikan agama dengan sains bla bla. Sekular la uols ni. Bila dah selesai baca buku ni, rasa macam terpesong jauh dah aku punya adab belajar sekarang. Perlu kembali ke pangkal jalan. Insha Allah sama2 lah kita menceduk manfaat dari kitab ni supaya kita sama2 menjadi lebih beradab. Gitooh. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|