Assalamualaikum semua. Dah setengah tahun tak update blog. Kalau boleh beri alasan, alasannya adalah sibuk menyesuaikan diri dengan tempat dan kerja baru :P Baiklah. Untuk sesi memanaskan badan setelah lama tidak menulis, kita mulakan dengan benda ringan2 je dulu. Seperti menulis tentang program yang baru dipasang dalam komputer meja saya iaitu Sublime Text. Anda boleh muat turun pemasangnya di : http://www.sublimetext.com/2 Apa sebenarnya Sublime Text ni? Sublime Text ni merupakan suatu editor teks yang canggih khususnya untuk kod pengaturcaraan. Adik beradik la dengan Notepad++ senang cerita. Antara ciri-ciri yang menarik ialah editor ini boleh membuka dan menyunting pelbagai jenis fail dari berbagai-bagai bahasa pengaturcaraan antaranya LaTeX (.tex, .cls), Python (.py), Matlab atau Octave (.m). Yang lagi menarik, anda boleh pilih dan tentukan tema untuk warna latar belakang dan tulisannya. Haa ni memang part menggedik je la. Banyak tema yang sedia untuk dimuat turun di: http://colorsublime.com/ Rambang mata nak pilih. Susah juga bila banyak sangat pilihan ni. Selepas anda muat turun tema yang digemari, ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan supaya anda dapat menggunakan tema tersebut di Sublime Text anda. Langkah 1: Buka Sublime Text dan klik Preferences >> Browse Packages. Satu tetingkap baru akan tertera. Langkah 2: Bina (create) folder baru dan namakannya Colorsublime-Themes. Langkah 3: Letakkan fail tema sublime yang telah anda muat turun ke dalam folder Colorsublime-Themes tadi. Langkah 4: Klik semula pada Preferences, kemudian klik pada Color Scheme. Sebelum ini, anda cuma ada pilihan Color Scheme - Default. Sekarang, setelah melakukan langkah 1 - 3, anda ada lagi 1 pilihan iaitu Colorsublime-Themes. Langkah 5: Klik pada Colorsublime-Themes, kemudian klik pada mana2 tema pilihan anda yang telah dimuat turun. Tadaa! Hahaha gelakkan diri sendiri.
Pemalas betul pilih contoh tara2 hello world je. Dah le kantoi pakai evaluation copy je Sublime Text tu. Gedik je rasa latar belakang tetingkap warna ungu, teks reserved words warna pink, teks biasa warna kuning menyala. Sungguh mengada-ngada. Rasa dah all out dah ni nak bagi rajin mengaji Python. Tiba2 rasa nak cucuk anda, anda dan anda menyertai kelas asas pengaturcaraan menggunakan Python di Coursera. Percuma je. Tak perlu bayar yuran kecuali kalau nak sijil le. Boleh daftar di sini: https://www.coursera.org/course/pythonlearn Sekarang dah minggu kedua kuliah. Doakan moga saya istiqamah mengaji sampai habis. Jom pi mengaji. Tak mengaji, coiii :P
2 Comments
|
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|