Tajuk: Siapa Membeli Surga? Pengarang: Dr. Raghib As-Sirjani, dan Amru Khalid Penerbit: PT Aqwam Media Profetika Jumlah muka surat: 128 ISBN: 979-3653-30-2 Harga: RM 15.00 Buku siapa membeli surga ini adalah karya terjemahan yang asalnya ditulis dalam bahasa arab yang bertajuk "Al-Infaq fi Sabilillah. Man Yastariyal Jannah.". This book is highly recommended for those who feel so difficult to infaq (spend whatever they have for charity). Agak2 rasa liat bebenor nak sedekah2 ni, elok sangat baca buku ni. Insha Allah akan berkobar2 nak berinfak semasa dan selepas baca buku ni. Kulit buku dia pun dah ada isi penting dah. "Sedekah akan sampai terlebih dahulu ke dua tangan Allah sebelum sampai ke dua tangan si fakir". (Ummul Mukminin, A'isyah r.a.). Buku ini ditulis oleh 2 penulis dan setiap penulis membincangkan dari sudut pandang yg berbeza. Bahagian pertama buku ini ditulis oleh Amru Khalid yang mengupas tentang berinfak di jalan Allah manakal bahagian kedua yang bertajuk siapa membeli surga ditulis oleh Dr. Raghib As-Sirjani. Bahasa dan contoh yang digunakan dalam buku ni sangat santai but still menikam kalbu, tertusuk duri, potong bawang dan yang sewaktu dengannya. Banyak ilmu yang menarik berkaitan infak yg dikongsikan. Salah satunya adalah balasan orang yang berinfak ni, 700 kali ganda ganjarannya.Refer ayat 261 dalam Surah Al-Baqarah:"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya dijalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai terdapat 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui." Gila kentang punya bisnes. Ko hade meniaga untung sampai 700 kali ganda? Mimpi leeeee. Yang lagi sweetnya, perkataan yang Allah gunakan dalam ayat Quran yg mengajak manusia untuk berinfak pun sangat menunjukkan sifat Ar-Rahman. Ayat 245 dalam Surah Al-Baqarah: "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepadaNyalah kamu kamu dikembalikan". Dah la rezeki yang ada itu memang atas kurniaan Allah. Nak suruh kita bagi balik, seolah2 macam kata nak pinjam boleh? Kalau bagi pinjam, kita bagi itu ini. Harta Dia. Patutnya suka hati Dia lah. Tapi santunnya Allah pada kita. Malu weeehhhhhh. Ada lagi 1 ayat yang bagi kita, memang terserlah kepentingan infaq ni sebenarnya. Refer ayat 10 dari Surah al-Munafiqun. "Dan berinfaklah dengan sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu, sebelum datang kematian salah seorang di antara kamu, lalu ia berkata, 'Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?'. ". Tu diaaaa. Sampai yang dah meninggal pun nak hidup balik dan diberi peluang berinfak. Rasulullah s.a.w. sangat perlu dicontohi amalan infaknya. Dikatakan amalan infak Rasulullah s.a.w. ni lagi cepat dari angin yang berhembus. Nak tahu sebab apa diumpamakan dengan angin yg berhembus? i. Cepat. Rasulullah s.a.w. memang cepat, tangkas, cergas dalam bab2 infak ni. Takde nak fikir2 banyak. Rasa nak bagi, terus bagi. Takde nak analisa lama2 sangat. ii. Berterusan. Kalau deruhan nafas, ada tarik nafas, ada hembus kan? Ini angin. Takde nak tarik2 ni. Jalan terus. On all the time. Terus menerus dan tak berhenti. iii. Hembusan angin ni menyeluruh. Merata seluruh alam kan. Semua makhluk atas permukaan bumi ni dapat merasa angin yg lalu. Macam ni la jugak Rasulullah s.a.w. berinfak. No matter yang kaya, miskin, muslim, bukan muslim, arab tak arab, semua Rasulullah sumbang. Takde pilih2 kasih ni la. Ada 1 peristiwa yang kita rasa paling sesuai dan akan buat anda, anda dan anda respect habis pada Rasulullah s.a.w. Masa tu Rasulullah s.a.w. baru dapat harta rampasan dari Perang Hunain untuk bahagian Rasulullah s.a.w. Banyak sangat unta dan kambing milik Rasulullah s.a.w. Banyak tahap penuh celah antara dua bukit yang tersebar di padang yang luas. Haaa tu diaaa. Ada seorang Arab Badwi ni lalu dan nampak harta Rasulullah s.a.w. Kalau nak diceritakan dalam bahasa sekarang, orang Arab Badwi kemain puji huntunglee Rasulullah dapat harta banyak gitu. Rasulullah tanya dia, suka ke? Kalau suka, ambillah. Ambil semua. Rasulullah bagi kat dia SEMUANYA. Dia pun macam biar betul kan Muhammad ni? Tengah2 dia mengambil harta tu, Rasulullah senyum je tengok dia. Takde rasa ralat langsung! Ini yang kita nak kene didik diri kita ni T.T Banyak sangat2 lagi perkara menarik yang dibincangkan dalam buku ni. Sangat2 recommend member2 di luar sana baca buku ni. Mudah2an duit yg bakal digunakan untuk beli buku ni pun menjadi salah satu perniagaan kita membeli surga.
0 Comments
Leave a Reply. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|