Assalamualaikum. Selamat hari raya semua. Harini hakak nak payung sikit kombo LaTeX + Mendeley + JabRef. Buat yang belum berkenalan dengan LaTeX, Mendeley dan JabRef, meh hakak belanja sedikit pengenalan berkaitan mereka. 1. LaTeX LaTeX ni suatu sistem untuk mengatur huruf dokumen baik artikel, buku, tesis. laporan, pengalur (beamer) dan banyaaak lagi. Hakak suka sangat pakai LaTeX sebab senang kerja bab-bab nak jarak bagai ni kan. Ko tulis je bersepah-sepak, nanti reti la si LaTeX ni susunkan elok2 cun meletop tara2 Rozita Che Wan. Kalau taip simbol-simbol Greek ke operasi matematik ke apa memang serius cun lagi menggiurkan. Ada banyak perisian yang boleh digunakan untuk menyunting fail LaTeX. Kalau dalam Windows, selalunya hakak guna PCTeX. Kalau pakai Ubuntu pula, selalunya hakak guna Kile. 2. Mendeley Mendeley ni pula bagus untuk mengurus artikel-artikel, buku-buku, atau apa-apapun bahan bacaan yang diterbitkan. Takde la bersepah-sepah kan sana sikit sini sikit merata-rata benda. Di Mendeley kita boleh juga tulis nota pada PDF tu, highlight. Mendeley pun ada tanda kita dah baca ke belum banyak2 dokumen yang kita ada tu. Ini adalah suatu ciri yang penting ya buat orang yang suka download paper secara pukal macam hakak. Kalau menulis dalam MS Word, boleh hubungkan Mendeley dengan MS Word dan terus cite kat situ. Bila dah siap menulis, boleh minta tolong Mendeley generate list of bibliography. Kelasss kan. Ada benda senang buat apa nak susahkan diri kan? Banyaaaaaakkk lagi features Mendeley yang mampu membuatkan korang angau. Nak tau kene la explore sendiri. Pergi la dating dengan Mendeley tu. 3. JabRef JabRef ni suatu perisian yang sangat ngam dengan LaTeX ibarat aur dengan tebing, isi dengan kuku, air dicincang takkan putus. Okay ni je yang hakak mampu nak payung peribahasa kat korang. Bila menulis dalam LaTeX, korang akan ada pilihan untuk buat suatu fail bibtex untuk longgokkan segala bahan rujukan korang di situ. Senang nak cite kan? Kalau ko nak tilik satu2 kod dalam bibtex tu sejujurnya mampu membuatkan rasa pening nak muntah. Jadi tolongla guna JabRef. Mari kita tengok macam mana kombo ketiga-tiga benda ni boleh bergabung meletop ! Kalau korang pakai Mendeley untuk urus artikel, korang boleh minta tolong Mendeley generate dan update bibtex untuk korang. Haa tak ke senang hidup engkorang. Buat 1 kerja, yang lain orang buatkan. Dan menyebabkan kerja yg seterusnya lancaaaarrrrrrr dan mudah. Cara-caranya: Buka Mendeley dan klik pada 'Tools', kemudian klik 'Options'. Kemudian akan keluar satu lagi tetingkap. Klik pada tab 'BibTeX'. Kemudian klik pada kotak 'Enable BibTeX'. Korang ada pilihan sama ada nak minta Mendeley buat BibTeX baru, update yang sedia ada dan lain2. Lepas tu klik 'Apply' kemudian klik 'OK'. Kini segalanya baik-baik saja. Sit back and relax sambil cicah tempe goreng panas-panas dengan sambal kicap. Korang boleh double check dengan membuka fail bibtex yang dikehendaki menggunakan JabRef. Ada rasa berkurangan tak beban korang menggunakan LaTeX ? Nampak tak pelangi, rama-rama berterbangan disuluh sinaran mentari pagi? Tolong jangan tipu diri sendiri. Guna JabRef (belah kanan) lebih mudah berbanding kaedah manual belah kiri tu.
Sekian, selamat ber-LaTeX ;)
0 Comments
Leave a Reply. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|