Assalamualaikum kawan2.
Sihat semuanya? Selamat berpuasa di bulan romadhon (sebut macam johan jadi mak jemah). Minggu lepas, berlangsungnya the Asian Mathematical Conference 2013 di Busan, Korea Selatan. Ramai sangat2 yang join conference ni. Yela kalau sampai tak cukup meja masa dinner, complimentary biscuits yang dihidang pun kejap je dah lenyap, then you know lah sebenarnya ramai pesertanya. ok fine choco chips tak boleh jadi kayu pengukur participants ramai sebab ada yang ambil masuk beg sampai 35 bungkus kan. Hah siapa punya kerja tu? :P Sepanjang conference berlangsung, kami (rombongan cik kiah dari UTM dibawah pantauan penyelia utama saya PM Dr Sharidan) menginap di Arpina Youth Hostel. Hostel ni secara sesarannya dekat je dengan Busan Exhibition and Convention Centre (BEXCO) di mana tempat berlangsungnya persidangan tersebut. Tapi kalau ikut jarak yang perlu diharungi, berpeluh! Tak sia2 pakai sport shoes masa datang ke sini sebab memang sangat berguna. Jenuh jugak la jalan kaki, berlari-lari anak lintas jalan besar 4-6 lanes sana sini. Ramai2 pulak tu. Tiba2 teringat pulak masa darjah 6 lepas UPSR, ada lawatan pergi KL (okay mula la tu nak melalut. fokus cerita kPoP ni dulu sampai habis). Arpina Youth Hostel ni memang berbaloi la untuk disewa walau tak pergi conference pun. Masa conference tu, saya kongsi guest house berempat dengan Dr Zah, Dr Shi dan adik junior ketua rombongan berdedikasi rasa nak bagi anugerah citra karisma je kat dia, Nor. Dalam bilik tu ada tilam lipat2, almari pintu tolak2 kanan kiri boleh menyorok dalam tu macam cerita ju-on. (tak seram cerita ju-on bulan puasa ni pasal tau setan kena ikat sekarang). Dapur complete dengan rice cooker, periuk belanga, pinggan mangkuk, sudu, chopstick cawan, okay sekarang ada rasa macam mak2 tengok katalog Corelle kejap. Sebagai ketua kumpulan anugerah citra karisma, Nor siap bawa sabun taharah untuk kami samak semua perkakas tu sebelum digunakan untuk memasak. Bangunan ni juga ada sediakan tempat sauna, massage, kedai serbaguna ala2 7E, dan paling best ada bahagian rooftop boleh lepak2 sambil minum air pelik2 korea seperti susu pisang, susu kacang hitam atau susu kacang peas dan menikmati pemandangan city nightlife feeling new yorkers seketika. 4 hari ber-conference di BEXCO, memang seronok. Committee yang terlibat dalam conference ni pun boleh tahan ramah tamahnya. Salah seorang daripada mereka ada yang datang menegur kami katanya pernah belajar asasi di Taylor's College. Suka betul dia dapat cakap Manglish, bermacha, ber-maaa, ber-lah. Orang2 atasannya pun ceria tersenyum girang bila kami asyik ber-anyeonghaseyo (hai dalam bahasa korea) dan ber-kamsahamida (terima kasih dalam bahasa korea). Mereka tanya mana belajar? Eksaited la semua dok sebut tajuk2 drama korea seperti Full House, City Hunter, Boys Over Flower, Winter Sonata dan tak ketinggalan game show Running Man. Namun balasan yang kami dapat hanyaaa krikk krikkk bunyi cengkerik. Hamek kau pakcik2 tu tak tengok satu pun. Nak sedapkan hati sendiri, salahkan pakcik2 banyak sangat buat research sampai tak sempat nak tengok tv. Pakcik2 ajak kami bergambar bersama sebelum sesi paralel yang seterusnya bermula. Dah esok lusa ambil gambar tu baru tau kita ambil gambar sebelah director. Nampak sangat masa dia berucap kat opening ceremony tu menghilang entah kemana. Untuk persidangan kali ni, ada la juga berborak2 serius tentang penglibatan wanita dalam bidang matematik dengan Setiausaha Persatuan Ahli Matematik Jepun. Lupa namanya. Huhu. Katanya, di Jepun jarang2 nampak orang perempuan mengajar matematik di universiti. Dia kata dia pun tak tahu kenapa. Saya pun kongsi dengan dia apa yang saya dapat belajar semasa round table session di sekolah musim panas bulan lepas. Mungkin sudah tiba masanya kita mengambil langkah serius dalam mempromosikan penglibatan wanita seperti penubuhan organisasi wanita dalam matematik sebagai titik permulaan merangka aktiviti2 atau program2 yang dapat menyumbang kepada minat dan peluang bagi wanita berkecimpung dalam dunia matematik. Borak2 serius depan mesin water cooler. Sedar2 orang dah beratur kat belakang nak ambil air. Wawi kalau dah borak memang tak reti nak tengok keliling. Ada seorang pensyarah Jepun yang sangat friendly buat kajian tentang pembangunan sistem operasi hanya untuk aktiviti matematik. Siap cadangkan program2 selain matlab yang kita boleh pakai untuk buat simulasi dengan lebih berkesan. Mungkin lepas PhD nanti boleh buat exploratory research dalam program2 yang dicadangkan tu. Kalau sekarang ni tak sempat la nak explore2 ni. Dah sem 7 ooiiii. Bagi kita, pakcik Jepun tu sangat cool sebab buat kerja amal bagi ahli matematik. Sediakan freeware OS untuk kami. Dia ada bagi prototype dalam CD haritu tapi belum boleh nak cuba sebab laptop kita takde linux. Tak sabar nak tunggu bila dah siap dibangunkan sepenuhnya. Katanya dia akan tetap sediakan OS ni nanti secara percuma sambil tersenyum girang. Secara peribadi, aku respect la dengan orang2 yang buat kerja susah payah ni kemudian bagi orang access kerjanya secara percuma. Di zaman serba canggih duit atas angin lagi elektronik merentas sempadan ni, masih ada lagi orang yang berfikiran ilmu harus dikongsi pada semua tanpa mengira mampu tak mampu nak subscribe/purchase. Semua orang patut dapat merasa kecanggihan dan kemajuan terkini yang ada. Sharing is caring bak kata omputeh. Sekian sahaja perkongsian bersidang di negara K-Pop. Selamat berhujung minggu dan selamat menunaikan ibadah puasa. Wassalam :D
0 Comments
|
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|