Bila cakap pasal pengaturcaraan terutama dalam kalangan pelajar matematik, silap hari bulan ada yang histeria, fobia, muntah hijau dan sebagainya.
Walaupun dah jadi pelajar pasca siswazah. Berdasarkan pengalaman peribadi hakak ketika mengambil subjek "Computer Programming" sewaktu di tahun pertama pengajian ijazah sarjana muda, ianya subjek yang SANGAT SUKAR DIFAHAMI. Setengah semester pengajian berlalu tapi saya masih tak faham apa-apa. Segala macam ikhtiar hakak lakukan. Bila ada masa terluang, hakak akan ke makmal komputer untuk berlatih. Pada waktu malam/hujung minggu pula, bila ada masa lapang akan ke CICT untuk cuba lagi buat latihan. Bila run codes asyik tak jadi, mula la melencong kat myspace / friendster mengubat duka lara dengan decorate skin / layout myspace / friendster seperti set cursor kasi blink2 bila orang buka profile kita. Tak cukup dengan tu. Cubaan makan tidur bersama pengaturcaraan pula. Masih segar dalam ingatan hakak, arwah abah bawakan komputer meja (desktop) lama yang arwah mama pernah guna masa mengaji kat UM dulu ke kolej (di UTM, kolej tu asrama / tempat penginapan pelajar). Hadap la aplikasi Microsoft Visual Basic tu dan contoh-contoh kod dalam bahasa C pagi petang siang malam (bersulam permainan Chuzzle :P). Nan hado. Tak paham jugak weh. Sampai la suatu masa tu. Hakak korbankan cuti mid sem sebab nak fokus fahamkan pengaturcaraan. Maklumla masa tu baru tahun 1. Tengah berkobar-kobar nak jadi ahli matematik. Apa yang hakak buat ialah instead of trying so hard on coding in C, hakak cuba baca contoh-contoh kod-kod pengaturcaraan itu dan ekstrak algoritma ke dalam bentuk carta alir. Bila hakak dah faham apa sebenarnya contoh2 kod tu nak buat, lepas tu mudah je nak faham kenapa kod2 tu ditulis begitu. Untuk makluman, zaman hakak mengaji dulu, kami belajar pengaturcaraan C hanya berbekalkan contoh2 kod. Sungguh hanya kod semata-mata. Tiada carta aliran / kod pseudo yang tunjuk contoh2 kod2 yang diberikan sebenarnya untuk apa. Lepas hakak dah mula faham konsep pengaturcaraan, merangka algoritma dan seterusnya mampu menulis program sendiri, bermulalah bibit-bibit percintaan hakak dengan kekasih gelap hakak yang seterusnya iaitu MATLAB. Masuk tahun 2 gitu, hakak ada la dengar-dengar orang kata MATLAB ni trending. Ahli matematik kat luar negara tak main dah mengaturcara dalam bahasa C. Depa main MATLAB. Maka, hakak pun mula la berjinak-jinak sendiri dengan MATLAB. Bermula dengan pinjam buku "Linear Algebra with MATLAB" di PSZ. Cuba buat contoh-contoh dan latihan yang ada dalam buku. Rasa mudah betul mengaturcara dalam MATLAB nak dibandingkan mengaturcara dalam C. Senang sangat sampai jadi ketagih. Ketagih yang macam mana? Tahap gatal-gatal sendiri mengaturcara kaedah-kaedah berangka / pengoptimuman yang dipelajari dalam kelas walau pensyarah tak suruh. Beriya siap pergi pejabat Tuan Haji Ismail Kamis sahkan algoritma yang dirangka sebelum ditulis dalam MATLAB. Makin lama makin teruk ketagih dia. Sesetengah orang kata hakak 'cari penyakit'. Hakak dengan sengaja meminta Prof. Madya Dr. Rohanin Ahmad (penyelia projek tahun akhir hakak) untuk berikan hakak projek yang memerlukan pengaturcaraan dalam MATLAB. Itu kemuncak kemaruk cinta rasanya. Sampai hampir setiap hari tertidur depan MATLAB. OK cerita ni bakal melalut sikit. Ada sekali tu esoknya nak research meeting, coding hakak masih sangkut. Tengah-tengah hakak buat kerja pagi-pagi buta tu, tiba-tiba dengar bunyi perempuan menangis. Makin lama makin kuat dan makin dekat. Sangat mengganggu hakak nak siapkan coding ye. Hakak dengan tak fikir panjang, tatkala tertekan, coding tak jalan-jalan ni, hakak cakap kuat-kuat sorang-sorang "Ko nak menangis ko punya pasal. Aku lagi takut kerja tak siap kene bambu dengan supervisor dari takut ko". Tak lama 'perempuan' tu berhenti menangis. Ya, cerita melayu memang kene selit-selit sikit cerita hantu. Baru lah cerita melayu. Walau tampak sengsara dan memenatkan nak asah kemahiran pengaturcaraan hakak, pada hakak la kan, rasa puas dan berbaloi bila akhirnya program yang ditulis berjalan dengan lancar dan buat kerja yang kita nak tu. Bila dikenang masa tahun 1 dulu, yang zaman blur-blur tak faham-faham belajar pengaturcaraan tu, memang hakak tak pernah terfikir hidup hakak beberapa tahun kemudian dikelilingi dengan aktiviti mengaturcara. Sedar tak sedar, diam tak diam, insha Allah tahun ni tahun ke-10 hakak masih belajar pengaturcaraan. Pesanan hakak buat yang masih tak faham-faham pengaturcaraan, teruskan berusaha dik. Sok lusa ko dah suka, semua benda ko nak programkan karang. Percayalah cakap hakak ni. Yang benar, Pencinta MATLAB yang sedang curang bersama Python.
8 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera nye pun adoi. Kali ini hakak akan kongsikan cara-cara untuk selesaikan persamaan terbitan linear tertib pertama menggunakan WxMaxima. Buat yang tertanya-tanya, "Persamaan terbitan tu apa ? Kita belajar matematik dalam bahasa Inggeris la kak." Persamaan terbitan ni dalam bahasa Inggeris dipanggil Differential Equation. Haa sekarang engkorang rasa dah pernah dengar kan kalau engkorang budak kejuruteraan, matematik atau fizik. Persamaaan terbitan linear tertib pertama ni dipanggil sebagai First-order linear differential equation atau Linear differential equation of order 1. Sama je cuma hakak saja tulis bahasa Melayu. Laju sikit hakak nak menjoyah kalau pakai bahasa Melayu ni. Okay. Hakak tahu banyak dah perisian (berbayar) yang mampu menyelesaikan perkara yang sama. Pada pandangan hakak, WxMaxima ni ada beberapa kelebihan yang berjaya menarik minat hakak untuk menyelaminya dan menyemai cinta abadi gitu:
Dah cukup 3 je hakak highlight. Kang banyak2 sampai bila pun tak masuk cara-cara nak selesaikan guna WxMaxima. Tolong support sikit hakak nak jadi seorang yang fokus. Maceh. Semua dah siap kertas dan pen nak salin resepi ? Mula-mula, kita sediakan bahan-bahannya iaitu
Harus diingat WxMaxima ni perisian komputer ya. Bukan manusia atau ahli nujum nak tahu isi hati kita. Jadi kita kene bagitahu dia persamaan apa yang kita nak dia selesaikan tu. Sahaja hakak memilih permasalahan nilai awal (IVP) ini untuk dijadikan contoh pada adik2 kerana ia paling senang. Kaannn. Kalau susah2 tu selayaknya dijadikan soalan peperiksaan akhir :P \[ \frac{dy}{dt} +2y = 50e^{-10t}, \hspace{0.3cm} y(0)=40. \] Langkah Pertama: Maklumkan persamaan terbitan yang nak diselesaikan pada WxMaxima. Cara tulis adalah seperti berikut: $\frac{dy}{dt}$ ditulis sebagai 'diff(y,t). $e^{-10t}$ ditulis sebagai exp(-10*t). Simbol operasi yang lain macam biasa la. Darab guna simbol * ye adik2. Dekat output1 (%o1) tu adik2 jangan panik ye nampak simbol % tu. Itu maknanya benda selepas % tu ialah sejenis pemalar (constant). Langkah Kedua: Beri arahan kepada WxMaxima untuk selesaikan persamaan tadi. Haaa tak ke dua baris coding pendek dah boleh dapat penyelesaian tepat? Senang hidup uols nak semak jawapan lepas ni kan. Disebabkan kita ni nak selesaikan IVP, kena lah sambung ye. Langkah Ketiga: Maklumkan syarat awal kita tadi supaya WxMaxima akan memberikan penyelesaian unik kepada IVP kita tadi. Tadaa! Dah dapat penyelesaian unik untuk permasalah IVP tadi. Siapa kata pengaturcaraan ni menyusahkan lagi menyesakkan dada. Kalau nak lagi over the top, boleh plot penyelesaian tadi dalam WxMaxima juga. Langkah penyeri: Plot penyelesaian Boleh la nampak fungsi penyelesaian tadi menurun secara eksponential dan menuju ke nilai 0.
Mudah bukan? Harap resepi yang hakak kongsi ni berguna untuk mengisi kelaparan ilmu persamaan terbitan adik2 sekalian. Sekian, maceh! Kalau ada mana-mana bahagian yang rasa tak jelas tu email je hakak. Takpun komen kat bawah ni haa. Hakak kan mencuba yang terbaik menjawab persoalan dan kemusykilan adik2. Assalamualaikum. Selamat hari raya semua. Harini hakak nak payung sikit kombo LaTeX + Mendeley + JabRef. Buat yang belum berkenalan dengan LaTeX, Mendeley dan JabRef, meh hakak belanja sedikit pengenalan berkaitan mereka. 1. LaTeX LaTeX ni suatu sistem untuk mengatur huruf dokumen baik artikel, buku, tesis. laporan, pengalur (beamer) dan banyaaak lagi. Hakak suka sangat pakai LaTeX sebab senang kerja bab-bab nak jarak bagai ni kan. Ko tulis je bersepah-sepak, nanti reti la si LaTeX ni susunkan elok2 cun meletop tara2 Rozita Che Wan. Kalau taip simbol-simbol Greek ke operasi matematik ke apa memang serius cun lagi menggiurkan. Ada banyak perisian yang boleh digunakan untuk menyunting fail LaTeX. Kalau dalam Windows, selalunya hakak guna PCTeX. Kalau pakai Ubuntu pula, selalunya hakak guna Kile. 2. Mendeley Mendeley ni pula bagus untuk mengurus artikel-artikel, buku-buku, atau apa-apapun bahan bacaan yang diterbitkan. Takde la bersepah-sepah kan sana sikit sini sikit merata-rata benda. Di Mendeley kita boleh juga tulis nota pada PDF tu, highlight. Mendeley pun ada tanda kita dah baca ke belum banyak2 dokumen yang kita ada tu. Ini adalah suatu ciri yang penting ya buat orang yang suka download paper secara pukal macam hakak. Kalau menulis dalam MS Word, boleh hubungkan Mendeley dengan MS Word dan terus cite kat situ. Bila dah siap menulis, boleh minta tolong Mendeley generate list of bibliography. Kelasss kan. Ada benda senang buat apa nak susahkan diri kan? Banyaaaaaakkk lagi features Mendeley yang mampu membuatkan korang angau. Nak tau kene la explore sendiri. Pergi la dating dengan Mendeley tu. 3. JabRef JabRef ni suatu perisian yang sangat ngam dengan LaTeX ibarat aur dengan tebing, isi dengan kuku, air dicincang takkan putus. Okay ni je yang hakak mampu nak payung peribahasa kat korang. Bila menulis dalam LaTeX, korang akan ada pilihan untuk buat suatu fail bibtex untuk longgokkan segala bahan rujukan korang di situ. Senang nak cite kan? Kalau ko nak tilik satu2 kod dalam bibtex tu sejujurnya mampu membuatkan rasa pening nak muntah. Jadi tolongla guna JabRef. Mari kita tengok macam mana kombo ketiga-tiga benda ni boleh bergabung meletop ! Kalau korang pakai Mendeley untuk urus artikel, korang boleh minta tolong Mendeley generate dan update bibtex untuk korang. Haa tak ke senang hidup engkorang. Buat 1 kerja, yang lain orang buatkan. Dan menyebabkan kerja yg seterusnya lancaaaarrrrrrr dan mudah. Cara-caranya: Buka Mendeley dan klik pada 'Tools', kemudian klik 'Options'. Kemudian akan keluar satu lagi tetingkap. Klik pada tab 'BibTeX'. Kemudian klik pada kotak 'Enable BibTeX'. Korang ada pilihan sama ada nak minta Mendeley buat BibTeX baru, update yang sedia ada dan lain2. Lepas tu klik 'Apply' kemudian klik 'OK'. Kini segalanya baik-baik saja. Sit back and relax sambil cicah tempe goreng panas-panas dengan sambal kicap. Korang boleh double check dengan membuka fail bibtex yang dikehendaki menggunakan JabRef. Ada rasa berkurangan tak beban korang menggunakan LaTeX ? Nampak tak pelangi, rama-rama berterbangan disuluh sinaran mentari pagi? Tolong jangan tipu diri sendiri. Guna JabRef (belah kanan) lebih mudah berbanding kaedah manual belah kiri tu.
Sekian, selamat ber-LaTeX ;) Assalamualaikum semua. Dah setengah tahun tak update blog. Kalau boleh beri alasan, alasannya adalah sibuk menyesuaikan diri dengan tempat dan kerja baru :P Baiklah. Untuk sesi memanaskan badan setelah lama tidak menulis, kita mulakan dengan benda ringan2 je dulu. Seperti menulis tentang program yang baru dipasang dalam komputer meja saya iaitu Sublime Text. Anda boleh muat turun pemasangnya di : http://www.sublimetext.com/2 Apa sebenarnya Sublime Text ni? Sublime Text ni merupakan suatu editor teks yang canggih khususnya untuk kod pengaturcaraan. Adik beradik la dengan Notepad++ senang cerita. Antara ciri-ciri yang menarik ialah editor ini boleh membuka dan menyunting pelbagai jenis fail dari berbagai-bagai bahasa pengaturcaraan antaranya LaTeX (.tex, .cls), Python (.py), Matlab atau Octave (.m). Yang lagi menarik, anda boleh pilih dan tentukan tema untuk warna latar belakang dan tulisannya. Haa ni memang part menggedik je la. Banyak tema yang sedia untuk dimuat turun di: http://colorsublime.com/ Rambang mata nak pilih. Susah juga bila banyak sangat pilihan ni. Selepas anda muat turun tema yang digemari, ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan supaya anda dapat menggunakan tema tersebut di Sublime Text anda. Langkah 1: Buka Sublime Text dan klik Preferences >> Browse Packages. Satu tetingkap baru akan tertera. Langkah 2: Bina (create) folder baru dan namakannya Colorsublime-Themes. Langkah 3: Letakkan fail tema sublime yang telah anda muat turun ke dalam folder Colorsublime-Themes tadi. Langkah 4: Klik semula pada Preferences, kemudian klik pada Color Scheme. Sebelum ini, anda cuma ada pilihan Color Scheme - Default. Sekarang, setelah melakukan langkah 1 - 3, anda ada lagi 1 pilihan iaitu Colorsublime-Themes. Langkah 5: Klik pada Colorsublime-Themes, kemudian klik pada mana2 tema pilihan anda yang telah dimuat turun. Tadaa! Hahaha gelakkan diri sendiri.
Pemalas betul pilih contoh tara2 hello world je. Dah le kantoi pakai evaluation copy je Sublime Text tu. Gedik je rasa latar belakang tetingkap warna ungu, teks reserved words warna pink, teks biasa warna kuning menyala. Sungguh mengada-ngada. Rasa dah all out dah ni nak bagi rajin mengaji Python. Tiba2 rasa nak cucuk anda, anda dan anda menyertai kelas asas pengaturcaraan menggunakan Python di Coursera. Percuma je. Tak perlu bayar yuran kecuali kalau nak sijil le. Boleh daftar di sini: https://www.coursera.org/course/pythonlearn Sekarang dah minggu kedua kuliah. Doakan moga saya istiqamah mengaji sampai habis. Jom pi mengaji. Tak mengaji, coiii :P Selalunya buat carta aliran dalam LaTeX menggunakan pakej TikZ. Tapi tak tahu kenapa tak serasi dengan Template LaTeX UTM. Nak buat pengekodan rajah dalam LaTeX secara tradisional tak berapa nak rajin. Setelah google sana sini, macam menarik pulak guna Graphviz ni. Orang dok puji2 kata senang gila. Sebagai seorang yang tak berapa rajin, benda2 senang ni harus cepat2 guna kaaannss. Nak pasang (install) Graphviz senang je kat Ubuntu. Boleh install dari Ubuntu Software Center. Taip "graphviz" dalam kotak search, kemudian klik install. Gambar atas ni selepas pasang. Kalau baru nak pasang, pada butang yang tertulis Remove tu akan tertulis perkataan Install. Klik situ ye adik2. Siap install dah boleh guna. Berita tak berapa cunnya adalah graphviz ni takde GUI. Apa2 hal main dengan terminal lah. Mari kita mulakan sesi graphviz di terminal. Taip di terminal: touch filename.dot Kemudian taip: nano filename.dot Maka keluarlah lah GNU nano. Letakkan kod carta alir anda yang ditulis dalam bahasa dot. Contohnya macam ni haa. Dah selesai? Tekan butang Ctrl+o serentak untuk menyimpan arahan tersebut.
Kemudian tekan butang Ctrl+X untuk keluar dari nano. Sekarang tulis arahan supaya komputer memproses arahan yang ditulis dalam dot tadi. Taip: dot -Teps -O filename.dot Selepas -T, dalam kes saya, saya taip eps sebab nakkan hasilnya dalam format eps. Boleh ditukar kepada format lain seperti jpg, ps, dan sebagainya. Kemudian untuk melihat hasilnya. Taip: xdg-open filename.dot.eps Yang hujung kod tu, kalau fail anda dalam format lain contohnya jpg, tukarlah kepada .jpg ye. Jangan ikut taip .eps juga. Kang tak keluar2 carta alirnya. Inilah hasilnya ~ Boleh masukkan dalam LaTeX sebagai figure. Selamat mencuba! Pengajaran yang harus diambil melalui peristiwa hijrah:
1. Ridha dengan ketentuan Allah. Peristiwa: Sejak Rasulullah s.a.w. mengetahui wahyu pertama yang diterima oleh baginda adalah dari Jibrail a.s. yang merupakan malaikat yang juga menyampaikan wahyu kepada Nabi Musa, Waraqa bin Naufal telah memberitahu Rasulullah s.a.w. bahawa orang2 akan menentang baginda dan mengusir baginda, seperti yang dialami oleh para nabi yang lain. Walau begitu, Rasulullah tetap meneruskan dakwahnya untuk menyampaikan ayat-ayat Allah. 2. Mengambil sebab dan bergantung kepada empunya sebab. Peristiwa: Turunnya wahyu supaya Rasulullah s.a.w. berhijrah kerana kaum Musyrikin merancang untuk membunuh baginda s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. pun memulakan perjalanan berhijrah. Ketika bersembunyi di Gua Tsur, Saidina Abu Bakar r.a. sangat risau kalau-kalau kaum Musyrikin terjumpa mereka dan berjaya membunuh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. bertanyakan kepada Saidina Abu Bakar r.a., “Apakah pendapatmu tentang 2 orang dan yang ketiganya adalah Allah ?” 3. Doa dan Tawakal Peristiwa: Ketika dalam perjalanan berhijrah, Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. dikejar Suraqah bin Malik bersama kudanya. Rasulullah s.a.w. pun berdoa. Atas doa tersebut, Suraqah dan kudanya telah dibenamkan ke dalam tanah beberapa kali sehingga beliau pun berputus asa dan meminta maaf kepada Rasulullah s.a.w. 4. Tidak menipu walau dalam keadaan sulit. Peristiwa: Rasulullah s.a.w. memperkenalkan diri sebagai hamba Allah (Abdullah) apabila ditanya siapa namanya oleh Ummu Ma'bad, seorang wanita badwi. 5. Mendahulukan tetamu walau dalam keadaan sulit. Yang menuang air adalah yg terakhir untuk minum. Peristiwa: Dalam perjalanan hijrah, Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. sangat lapar dan dahaga. Baginda telah meminta izin Ummu Ma'bad memerah susu daripada kambingnya. Selesai memerah, Rasulullah s.a.w. telah memberikan susu yang diperah untuk diminum oleh Ummu Ma'bad dahulu. Kemudian kepada suami Ummu Ma'bad, kemudian Saidina Abu Bakar r.a., akhirnya barulah baginda minum. 6. Mengambil perkara yg baik / belajar dari orang yang bukan Islam adalah sesuatu yang dibenarkan. Peristiwa: Tawanan perang Badar hendaklah mengajar 10 orang muslim sehingga masing-masing pandai membaca dan menulis sebagai syarat untuk mereka dilepaskan dari menjadi tawanan. 7. Mencari ilmu itu sesuatu yang dituntut dan sangat penting. Peristiwa: Tahun ke-2 hijrah, Rasulullah mula menekankan pendidikan. Baginda melantik beberapa beberapa orang sebagai guru untuk mengajarkan al-Quran dan kemahiran menulis kepada orang Islam. 0 Comments Leave a Reply. Assalamualaikum wrt. Apa khabar semua? Mudah2an semua sihat walafiat dan bertambah bahagia. Gitteewww. Alhamdulillah 2 hari lepas, dengan izinNya, saya telah lulus viva voce untuk Ph.D. (Maths) UTM. Ingin saya coretkan (peh dah pandai guna perkataan coret sekarang) pengalaman yang saya lalui buat ingatan diri saya sendiri di kemudian hari, dan kalau ada yang berminat untuk mengetahui proses viva voce, bolehlah membaca coretan saya ini untuk mendapatkan gambaran dan seterusnya lebih bersedia menghadapi sesi viva voce masing2. Di sini saya ingin kongsikan juga berita mengenai pemergian mama saya Rugayah Ahmad pada 23 Oktober 2014 dari dunia ini ke alam yang lain di mana ayah saya Mohammad bin Mustam juga sudah berada di alam yang sama pada 29 Jun 2011. Mudah2an jerih payah setiap ujian kehidupan yang diharungi termasuk ujian hidup ada anak degil keras kepala macam saya dan segala amalan yang dikerjakan, menjadikan kehidupan mereka lebih bahagia di alam sana. Walau tidak dinafikan, saya merasa amat sedih dengan pemergian ibu saya tetapi saya terpaksa bajet kuat dan melupakan sebentar perkara tersebut kerana saya perlu membuat persediaan untuk viva voce. Saya percaya mama tak mahu saya sedih melarat hingga tidak bersedia untuk viva voce. Bagi saya, saya sangat beruntung kerana budaya kumpulan penyelidikan (research group) saya untuk melakukan mock viva sebelum viva voce yang sebenar. Oleh kerana saya telah menulis tesis saya dalam LaTeX, jadi lebih mudah untuk saya menyediakan slides untuk pembentangan menggunakan Beamer dalam LaTeX juga. Boleh muat turun template beamer untuk UTM dari pautan ini: http://liantze.penguinattack.org/download_beamerthemeSkudai.html Berlatih acah2 viva di depan orang ramai sangat membantu untuk anda kurang gelabah dan kekok ketika membentangkan kerja anda pada hari dan waktu kejadian. Anda boleh bermonolog meyakinkan diri sendiri yang aku dah buat benda ni. Aku cuma perlu ulang semula je dengan lebih baik. I got this covered. Banyakkan berselawat. Minta Allah lapangkan dada dan lancarkan lidah. Sebaiknya sehari sebelum viva, kita pergi ke bilik viva yang telah ditetapkan dan membiasakan diri dengan ruang dan kemudahan bilik tersebut. Pastikan papan putih yang ada dibersihkan. Ada markers yang boleh digunakan untuk tujuan menerangkan jawapan anda jika perlu. Cuba sampai berjaya untuk menghubungkan komputer anda dengan projektor dan pastikan warna dan saiz paparan oleh projektor adalah sama / kualiti yang baik seperti yang kita telah sediakan di dalam komputer. Kemudian boleh cuba present syok sendiri sorang2 beberapa kali dalam bilik viva tu sampai kita rasa selesa dan tak cuak. Sampai kita dah bosan tahap it's enough for today I can't wait for tomorrow. Pada hari kejadian, pastikan anda bangun awal. Malam sebelum tu pastikan semua barang yang nak dibawa bersama telah tersedia. Esok pagi tinggal mandi, siap2, boleh terus pergi. Yang paling penting untuk dibawa bersama adalah komputer riba, tesis, salinan slides anda dalam pendrive, salinan slides yang telah dicetak untuk kegunaan pemeriksa dan pengerusi, tak dilupakan IC dan kad matrik. Sebaiknya datang awal ke bilik viva sebelum semua orang lain masuk. Saya sangat bersyukur kerana semua yang terlibat hadir menjayakan sesi viva voce saya. Orang2 yang terlibat dalam sesi viva voce ialah pemeriksa dalam dan luar, pengerusi dan timbalan pengerusi, dan juga penyelia saya. Pastikan anda catatkan nama setiap insan ini supaya tidak tersalah sebut. Nama penyelia sendiri tak payah la catat. Melampau sungguh kalau belajar PhD dah bertahun2 tapi nama penyelia sendiri pun tak ingat. Anak didik derhaka sangat. Gitteewww. Setelah semuanya hadir, pengerusi telah meminta saya dan penyelia untuk meninggalkan bilik tersebut sebentar bagi mereka melakukan sedikit perbincangan. Selesai berbincang, pengerusi memanggil kami untuk masuk semula dan saya dipinta untuk memulakan pembentangan dalam tempoh 25 hingga 30 minit. Setelah selesai pembentangan, pengerusi meminta para pemeriksa untuk memberikan komen / soalan. Luckily no questions, just some comments. Kemudian sesi viva voce diteruskan dengan menyemak tesis saya helaian demi helaian. Yang ni yang capek banget ni. Untung tesis saya 100+ pages saja. Tak boleh bayang kalau yang rajin menulis sampai 300+ pages tu jenuh la. Nasib baik dah siap2 bawak Clorets, waffles, roti jagung, air kotak nak bagi jangan ngantuk. Kita bukan tak kenal diri sendiri kan? Jadi bawa la apa yg patut. Masa sesi selak menyelak ni juga la saya ditanyakan soalan mengikut kandungan yang kurang jelas atau menimbulkan kecurigaan para pemeriksa. Alhamdulillah segala pertanyaan yang diajukan hanya berkaitan dan tertakluk pada isi kandungan penulisan dan kajian. Kalau agak terkeluar sedikit pun pemeriksa sendiri yang minta maaf atas soalan diajukan dan minta dimasukkan dalam bahagian 'suggestion for future work'. Alhamdulillah kedua2 pemeriksa saya sangat terbuka dengan penjelasan/jawapan/pandangan yang saya utarakan. Takde la kene caras ke apa. Lebih kepada sesi nak menambah baik tesis dan sesi pembaca bertemu penulis. Bila dah selesai menyelak seluruh tesis saya, saya diminta untuk sekali lagi meninggalkan bilik tersebut. Allah je yang tahu dia punya nervous menunggu apalah nasib saya. Dapat ke tidak ni. Sorang2 duduk di luar sambil kaki kuis2 angin. Dalam 5 minit kemudian, saya dipanggil untuk masuk semula. Bila pengerusi mula cakap "Sukacitanya, dengan ini kami menganugerahkan", terus mata 'masuk habuk secara pukal' berserta terasa 'memotong bawang besar 30 kilo'. Teresak2 sampai pengerusi terberhenti sebentar. Pemeriksa saya pun terkejut dah kenapa pulak budak ni menangis beriya. Tadi macam cool bergaya sangat. They were wondering why I was crying out loud. Penyelia saya yang memang dah masak sangat perangai saya pun memaklumkan kepada yang lain tentang pemergian ibu saya baru beberapa hari lalu, keadaan saya yang sebelum itu menghadapi pemergian ayah saya sewaktu tahun 2 PhD dan sebenarnya saya sangat stres tapi saya simpan. Tu yang bila habis je keluar semua tangisan yang disimpan. Tak pasal2 dengan pemeriksa luar saya, timbalan pengerusi pun meleleh sama. Perasaan masa tu sangat bersyukur pada Allah telah mengkabulkan impian saya, abah dan mama. Saya berharap kalau boleh disampaikan berita, moga Allah sampaikan berita gembira ini pada kedua mama dan abah saya yang akhirnya anak dia lulus setelah 4 tahun lamanya. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua. Sungguh saya bersyukur Allah telah menghantar anda, anda, anda dan anda mengisi hidup saya dan bersama2 dalam perjalanan saya sebagai pelajar PhD. Buat yang bakal menamatkan pengajian, saya doakan anda dapat lulus dengan bergaya. Bangun pagi sehari selepas viva pun menangis lagi. Rasa macam tak percaya je dah jadi Dr. Konon bercita2 nak tidur lama sikit tapi tak boleh. Badan dah terprogram selama PhD untuk bangun awal dan buat kerja pagi2. Another thing sebab dah terbiasa dengan arwah abah saya yang akan call sekitar jam 11 pagi dan tanya kerja apa yang dah siap. Sebagai tanda terima kasih, nah belanja sikit uols gambar kita selepas viva voce. Jangan download buat wallpaper pulak :P Kahkahkah feeling retis betul statement. p.s. Boleh muat turun slides viva saya di sini. Harap ianya membantu kawan2 yang sedang bersiap sedia untuk viva.
Ceh Ubuntu's newbie dapat install satu benda susah terus tulis kan kot2 satgi problem nak install balik tak reti.
Untuk pengguna linux, boleh muat turun pemasang (installer) Yes Connect versi beta dari pautan ini: https://www.yes.my/v3/support/download.do#go Selesai muat turun, boleh mulakan sesi memasang. Langkah pemasangan: 1. kenal pasti lokasi fail yang telah anda muat turun. 2. buka terminal anda dan taipkan: $ cd lokasi/fail/anda Untuk kes saya, fail itu berada dalam folder Downloads. Jadi arahan yang saya taipkan: $ cd ~/Downloads 3. Pasangkan (install) dengan menaip: $ sudo dpkg -i Connect_Installer_64.deb 4. Selesai proses pemasangan, anda boleh buka program Yes dengan menaip: sudo sh /opt/connect/connect.sh 5. Aplikasi Connect anda akan dibuka dan anda boleh mula melayari internet menggunakan dongle Yes setelah memasukkan Yes ID anda berserta kata laluan. Selamat melayari internet menggunakan Yes pada Ubuntu :) p.s. Anda juga boleh cuba memasangnya menggunakan GDebi. Boleh muat turun dan pasang GDebi di Ubuntu Software Center. As Salam. Alhamdulillah atas kesukaran menguruskan jadual-jadual ketika menulis tesis dalam LaTeX, membuatkan saya sedar akan kepentingan merekodkan cara-caranya. Kalau pakai MS Word senang hidup kan? Highlight cells then klik merge. Selesai. Mula2 terkial jugak la nak buat jadual pakai LaTeX. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar Prof. Google dan sesi cuba uji, selesai juga masalah. Dari post ni saya anggap pembaca semua dah ada pengalaman buat jadual (table) dalam LaTeX tanpa cantum (merge) dahulu. Untuk cantumkan lajur (column), boleh guna arahan \multicolumn manakala untuk cantumkan baris (row) pula boleh \multirow. Macam mana nak guna arahan-arahan ni? lebih kurang sama je cara penggunaan kedua-dua arahan ni. taipkan arahan diikuti dengan bilangan sel yang terlibat, posisi kandungan, dan kemudian kandungannya. Contohnya:
okay rasa macam makin pening je ye tengok contoh ni. cakap banyak tak guna. "Ce run dalam LaTeX? Kami nak tengok !" kata saya kepada diri saya sendiri. Ko tengok dia punya syok sendiri :P Macam mana? Boleh hadam tak?
Sebarang pertanyaan, sila hantarkan tanpa segan silu di bahagian 'Contact' laman web ini. Ce tengok bar kat atas tu. Yang paling hujung, sebelah kanan. Situ la bahagian 'Contact'. Selamat menulis bersama LaTeX ! As Salam. Rasa nak rekodkan cara malas untuk dapatkan rajah berkualiti yang boleh dibaca oleh TeX editor / compiler. Setelah lama terkial2 mencari alternatif, terjumpa dalam 1 forum yg cadangkan cara orang tahap beginner insha Allah boleh buat. Disebabkan saya lebih cenderung melukis rajah pakai MS Word, jadi saya mulakan dengan langkah di MS Word. Langkah 1: Lukis rajah yang anda mahu menggunakan Drawing Canvas di MS Word. Langkah 2: Copy rajah di MS Word ke dalam MS Powerpoint. Langkah 3: Save as pdf. Langkah 4: Panggil pdf file tadi dalam LaTeX editor tadi dan lihatlah hasilnya. Not bad. Takde la garisan tu menggigil2 macam kene Parkinson (hasil yang didapati ketika print screen figure / save figure as pdf dalam MS Word). Selamat mencuba! Doakan kita dipermudahkan urusan siapkan thesis tau. TQ uols ! |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|