Selalunya buat carta aliran dalam LaTeX menggunakan pakej TikZ. Tapi tak tahu kenapa tak serasi dengan Template LaTeX UTM. Nak buat pengekodan rajah dalam LaTeX secara tradisional tak berapa nak rajin. Setelah google sana sini, macam menarik pulak guna Graphviz ni. Orang dok puji2 kata senang gila. Sebagai seorang yang tak berapa rajin, benda2 senang ni harus cepat2 guna kaaannss. Nak pasang (install) Graphviz senang je kat Ubuntu. Boleh install dari Ubuntu Software Center. Taip "graphviz" dalam kotak search, kemudian klik install. Gambar atas ni selepas pasang. Kalau baru nak pasang, pada butang yang tertulis Remove tu akan tertulis perkataan Install. Klik situ ye adik2. Siap install dah boleh guna. Berita tak berapa cunnya adalah graphviz ni takde GUI. Apa2 hal main dengan terminal lah. Mari kita mulakan sesi graphviz di terminal. Taip di terminal: touch filename.dot Kemudian taip: nano filename.dot Maka keluarlah lah GNU nano. Letakkan kod carta alir anda yang ditulis dalam bahasa dot. Contohnya macam ni haa. Dah selesai? Tekan butang Ctrl+o serentak untuk menyimpan arahan tersebut.
Kemudian tekan butang Ctrl+X untuk keluar dari nano. Sekarang tulis arahan supaya komputer memproses arahan yang ditulis dalam dot tadi. Taip: dot -Teps -O filename.dot Selepas -T, dalam kes saya, saya taip eps sebab nakkan hasilnya dalam format eps. Boleh ditukar kepada format lain seperti jpg, ps, dan sebagainya. Kemudian untuk melihat hasilnya. Taip: xdg-open filename.dot.eps Yang hujung kod tu, kalau fail anda dalam format lain contohnya jpg, tukarlah kepada .jpg ye. Jangan ikut taip .eps juga. Kang tak keluar2 carta alirnya. Inilah hasilnya ~ Boleh masukkan dalam LaTeX sebagai figure. Selamat mencuba!
0 Comments
Pengajaran yang harus diambil melalui peristiwa hijrah:
1. Ridha dengan ketentuan Allah. Peristiwa: Sejak Rasulullah s.a.w. mengetahui wahyu pertama yang diterima oleh baginda adalah dari Jibrail a.s. yang merupakan malaikat yang juga menyampaikan wahyu kepada Nabi Musa, Waraqa bin Naufal telah memberitahu Rasulullah s.a.w. bahawa orang2 akan menentang baginda dan mengusir baginda, seperti yang dialami oleh para nabi yang lain. Walau begitu, Rasulullah tetap meneruskan dakwahnya untuk menyampaikan ayat-ayat Allah. 2. Mengambil sebab dan bergantung kepada empunya sebab. Peristiwa: Turunnya wahyu supaya Rasulullah s.a.w. berhijrah kerana kaum Musyrikin merancang untuk membunuh baginda s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. pun memulakan perjalanan berhijrah. Ketika bersembunyi di Gua Tsur, Saidina Abu Bakar r.a. sangat risau kalau-kalau kaum Musyrikin terjumpa mereka dan berjaya membunuh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. bertanyakan kepada Saidina Abu Bakar r.a., “Apakah pendapatmu tentang 2 orang dan yang ketiganya adalah Allah ?” 3. Doa dan Tawakal Peristiwa: Ketika dalam perjalanan berhijrah, Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. dikejar Suraqah bin Malik bersama kudanya. Rasulullah s.a.w. pun berdoa. Atas doa tersebut, Suraqah dan kudanya telah dibenamkan ke dalam tanah beberapa kali sehingga beliau pun berputus asa dan meminta maaf kepada Rasulullah s.a.w. 4. Tidak menipu walau dalam keadaan sulit. Peristiwa: Rasulullah s.a.w. memperkenalkan diri sebagai hamba Allah (Abdullah) apabila ditanya siapa namanya oleh Ummu Ma'bad, seorang wanita badwi. 5. Mendahulukan tetamu walau dalam keadaan sulit. Yang menuang air adalah yg terakhir untuk minum. Peristiwa: Dalam perjalanan hijrah, Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. sangat lapar dan dahaga. Baginda telah meminta izin Ummu Ma'bad memerah susu daripada kambingnya. Selesai memerah, Rasulullah s.a.w. telah memberikan susu yang diperah untuk diminum oleh Ummu Ma'bad dahulu. Kemudian kepada suami Ummu Ma'bad, kemudian Saidina Abu Bakar r.a., akhirnya barulah baginda minum. 6. Mengambil perkara yg baik / belajar dari orang yang bukan Islam adalah sesuatu yang dibenarkan. Peristiwa: Tawanan perang Badar hendaklah mengajar 10 orang muslim sehingga masing-masing pandai membaca dan menulis sebagai syarat untuk mereka dilepaskan dari menjadi tawanan. 7. Mencari ilmu itu sesuatu yang dituntut dan sangat penting. Peristiwa: Tahun ke-2 hijrah, Rasulullah mula menekankan pendidikan. Baginda melantik beberapa beberapa orang sebagai guru untuk mengajarkan al-Quran dan kemahiran menulis kepada orang Islam. 0 Comments Leave a Reply. Assalamualaikum wrt. Apa khabar semua? Mudah2an semua sihat walafiat dan bertambah bahagia. Gitteewww. Alhamdulillah 2 hari lepas, dengan izinNya, saya telah lulus viva voce untuk Ph.D. (Maths) UTM. Ingin saya coretkan (peh dah pandai guna perkataan coret sekarang) pengalaman yang saya lalui buat ingatan diri saya sendiri di kemudian hari, dan kalau ada yang berminat untuk mengetahui proses viva voce, bolehlah membaca coretan saya ini untuk mendapatkan gambaran dan seterusnya lebih bersedia menghadapi sesi viva voce masing2. Di sini saya ingin kongsikan juga berita mengenai pemergian mama saya Rugayah Ahmad pada 23 Oktober 2014 dari dunia ini ke alam yang lain di mana ayah saya Mohammad bin Mustam juga sudah berada di alam yang sama pada 29 Jun 2011. Mudah2an jerih payah setiap ujian kehidupan yang diharungi termasuk ujian hidup ada anak degil keras kepala macam saya dan segala amalan yang dikerjakan, menjadikan kehidupan mereka lebih bahagia di alam sana. Walau tidak dinafikan, saya merasa amat sedih dengan pemergian ibu saya tetapi saya terpaksa bajet kuat dan melupakan sebentar perkara tersebut kerana saya perlu membuat persediaan untuk viva voce. Saya percaya mama tak mahu saya sedih melarat hingga tidak bersedia untuk viva voce. Bagi saya, saya sangat beruntung kerana budaya kumpulan penyelidikan (research group) saya untuk melakukan mock viva sebelum viva voce yang sebenar. Oleh kerana saya telah menulis tesis saya dalam LaTeX, jadi lebih mudah untuk saya menyediakan slides untuk pembentangan menggunakan Beamer dalam LaTeX juga. Boleh muat turun template beamer untuk UTM dari pautan ini: http://liantze.penguinattack.org/download_beamerthemeSkudai.html Berlatih acah2 viva di depan orang ramai sangat membantu untuk anda kurang gelabah dan kekok ketika membentangkan kerja anda pada hari dan waktu kejadian. Anda boleh bermonolog meyakinkan diri sendiri yang aku dah buat benda ni. Aku cuma perlu ulang semula je dengan lebih baik. I got this covered. Banyakkan berselawat. Minta Allah lapangkan dada dan lancarkan lidah. Sebaiknya sehari sebelum viva, kita pergi ke bilik viva yang telah ditetapkan dan membiasakan diri dengan ruang dan kemudahan bilik tersebut. Pastikan papan putih yang ada dibersihkan. Ada markers yang boleh digunakan untuk tujuan menerangkan jawapan anda jika perlu. Cuba sampai berjaya untuk menghubungkan komputer anda dengan projektor dan pastikan warna dan saiz paparan oleh projektor adalah sama / kualiti yang baik seperti yang kita telah sediakan di dalam komputer. Kemudian boleh cuba present syok sendiri sorang2 beberapa kali dalam bilik viva tu sampai kita rasa selesa dan tak cuak. Sampai kita dah bosan tahap it's enough for today I can't wait for tomorrow. Pada hari kejadian, pastikan anda bangun awal. Malam sebelum tu pastikan semua barang yang nak dibawa bersama telah tersedia. Esok pagi tinggal mandi, siap2, boleh terus pergi. Yang paling penting untuk dibawa bersama adalah komputer riba, tesis, salinan slides anda dalam pendrive, salinan slides yang telah dicetak untuk kegunaan pemeriksa dan pengerusi, tak dilupakan IC dan kad matrik. Sebaiknya datang awal ke bilik viva sebelum semua orang lain masuk. Saya sangat bersyukur kerana semua yang terlibat hadir menjayakan sesi viva voce saya. Orang2 yang terlibat dalam sesi viva voce ialah pemeriksa dalam dan luar, pengerusi dan timbalan pengerusi, dan juga penyelia saya. Pastikan anda catatkan nama setiap insan ini supaya tidak tersalah sebut. Nama penyelia sendiri tak payah la catat. Melampau sungguh kalau belajar PhD dah bertahun2 tapi nama penyelia sendiri pun tak ingat. Anak didik derhaka sangat. Gitteewww. Setelah semuanya hadir, pengerusi telah meminta saya dan penyelia untuk meninggalkan bilik tersebut sebentar bagi mereka melakukan sedikit perbincangan. Selesai berbincang, pengerusi memanggil kami untuk masuk semula dan saya dipinta untuk memulakan pembentangan dalam tempoh 25 hingga 30 minit. Setelah selesai pembentangan, pengerusi meminta para pemeriksa untuk memberikan komen / soalan. Luckily no questions, just some comments. Kemudian sesi viva voce diteruskan dengan menyemak tesis saya helaian demi helaian. Yang ni yang capek banget ni. Untung tesis saya 100+ pages saja. Tak boleh bayang kalau yang rajin menulis sampai 300+ pages tu jenuh la. Nasib baik dah siap2 bawak Clorets, waffles, roti jagung, air kotak nak bagi jangan ngantuk. Kita bukan tak kenal diri sendiri kan? Jadi bawa la apa yg patut. Masa sesi selak menyelak ni juga la saya ditanyakan soalan mengikut kandungan yang kurang jelas atau menimbulkan kecurigaan para pemeriksa. Alhamdulillah segala pertanyaan yang diajukan hanya berkaitan dan tertakluk pada isi kandungan penulisan dan kajian. Kalau agak terkeluar sedikit pun pemeriksa sendiri yang minta maaf atas soalan diajukan dan minta dimasukkan dalam bahagian 'suggestion for future work'. Alhamdulillah kedua2 pemeriksa saya sangat terbuka dengan penjelasan/jawapan/pandangan yang saya utarakan. Takde la kene caras ke apa. Lebih kepada sesi nak menambah baik tesis dan sesi pembaca bertemu penulis. Bila dah selesai menyelak seluruh tesis saya, saya diminta untuk sekali lagi meninggalkan bilik tersebut. Allah je yang tahu dia punya nervous menunggu apalah nasib saya. Dapat ke tidak ni. Sorang2 duduk di luar sambil kaki kuis2 angin. Dalam 5 minit kemudian, saya dipanggil untuk masuk semula. Bila pengerusi mula cakap "Sukacitanya, dengan ini kami menganugerahkan", terus mata 'masuk habuk secara pukal' berserta terasa 'memotong bawang besar 30 kilo'. Teresak2 sampai pengerusi terberhenti sebentar. Pemeriksa saya pun terkejut dah kenapa pulak budak ni menangis beriya. Tadi macam cool bergaya sangat. They were wondering why I was crying out loud. Penyelia saya yang memang dah masak sangat perangai saya pun memaklumkan kepada yang lain tentang pemergian ibu saya baru beberapa hari lalu, keadaan saya yang sebelum itu menghadapi pemergian ayah saya sewaktu tahun 2 PhD dan sebenarnya saya sangat stres tapi saya simpan. Tu yang bila habis je keluar semua tangisan yang disimpan. Tak pasal2 dengan pemeriksa luar saya, timbalan pengerusi pun meleleh sama. Perasaan masa tu sangat bersyukur pada Allah telah mengkabulkan impian saya, abah dan mama. Saya berharap kalau boleh disampaikan berita, moga Allah sampaikan berita gembira ini pada kedua mama dan abah saya yang akhirnya anak dia lulus setelah 4 tahun lamanya. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua. Sungguh saya bersyukur Allah telah menghantar anda, anda, anda dan anda mengisi hidup saya dan bersama2 dalam perjalanan saya sebagai pelajar PhD. Buat yang bakal menamatkan pengajian, saya doakan anda dapat lulus dengan bergaya. Bangun pagi sehari selepas viva pun menangis lagi. Rasa macam tak percaya je dah jadi Dr. Konon bercita2 nak tidur lama sikit tapi tak boleh. Badan dah terprogram selama PhD untuk bangun awal dan buat kerja pagi2. Another thing sebab dah terbiasa dengan arwah abah saya yang akan call sekitar jam 11 pagi dan tanya kerja apa yang dah siap. Sebagai tanda terima kasih, nah belanja sikit uols gambar kita selepas viva voce. Jangan download buat wallpaper pulak :P Kahkahkah feeling retis betul statement. p.s. Boleh muat turun slides viva saya di sini. Harap ianya membantu kawan2 yang sedang bersiap sedia untuk viva.
|
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|