Tajuk: Siapa Membeli Surga? Pengarang: Dr. Raghib As-Sirjani, dan Amru Khalid Penerbit: PT Aqwam Media Profetika Jumlah muka surat: 128 ISBN: 979-3653-30-2 Harga: RM 15.00 Buku siapa membeli surga ini adalah karya terjemahan yang asalnya ditulis dalam bahasa arab yang bertajuk "Al-Infaq fi Sabilillah. Man Yastariyal Jannah.". This book is highly recommended for those who feel so difficult to infaq (spend whatever they have for charity). Agak2 rasa liat bebenor nak sedekah2 ni, elok sangat baca buku ni. Insha Allah akan berkobar2 nak berinfak semasa dan selepas baca buku ni. Kulit buku dia pun dah ada isi penting dah. "Sedekah akan sampai terlebih dahulu ke dua tangan Allah sebelum sampai ke dua tangan si fakir". (Ummul Mukminin, A'isyah r.a.). Buku ini ditulis oleh 2 penulis dan setiap penulis membincangkan dari sudut pandang yg berbeza. Bahagian pertama buku ini ditulis oleh Amru Khalid yang mengupas tentang berinfak di jalan Allah manakal bahagian kedua yang bertajuk siapa membeli surga ditulis oleh Dr. Raghib As-Sirjani. Bahasa dan contoh yang digunakan dalam buku ni sangat santai but still menikam kalbu, tertusuk duri, potong bawang dan yang sewaktu dengannya. Banyak ilmu yang menarik berkaitan infak yg dikongsikan. Salah satunya adalah balasan orang yang berinfak ni, 700 kali ganda ganjarannya.Refer ayat 261 dalam Surah Al-Baqarah:"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya dijalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai terdapat 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui." Gila kentang punya bisnes. Ko hade meniaga untung sampai 700 kali ganda? Mimpi leeeee. Yang lagi sweetnya, perkataan yang Allah gunakan dalam ayat Quran yg mengajak manusia untuk berinfak pun sangat menunjukkan sifat Ar-Rahman. Ayat 245 dalam Surah Al-Baqarah: "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepadaNyalah kamu kamu dikembalikan". Dah la rezeki yang ada itu memang atas kurniaan Allah. Nak suruh kita bagi balik, seolah2 macam kata nak pinjam boleh? Kalau bagi pinjam, kita bagi itu ini. Harta Dia. Patutnya suka hati Dia lah. Tapi santunnya Allah pada kita. Malu weeehhhhhh. Ada lagi 1 ayat yang bagi kita, memang terserlah kepentingan infaq ni sebenarnya. Refer ayat 10 dari Surah al-Munafiqun. "Dan berinfaklah dengan sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu, sebelum datang kematian salah seorang di antara kamu, lalu ia berkata, 'Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?'. ". Tu diaaaa. Sampai yang dah meninggal pun nak hidup balik dan diberi peluang berinfak. Rasulullah s.a.w. sangat perlu dicontohi amalan infaknya. Dikatakan amalan infak Rasulullah s.a.w. ni lagi cepat dari angin yang berhembus. Nak tahu sebab apa diumpamakan dengan angin yg berhembus? i. Cepat. Rasulullah s.a.w. memang cepat, tangkas, cergas dalam bab2 infak ni. Takde nak fikir2 banyak. Rasa nak bagi, terus bagi. Takde nak analisa lama2 sangat. ii. Berterusan. Kalau deruhan nafas, ada tarik nafas, ada hembus kan? Ini angin. Takde nak tarik2 ni. Jalan terus. On all the time. Terus menerus dan tak berhenti. iii. Hembusan angin ni menyeluruh. Merata seluruh alam kan. Semua makhluk atas permukaan bumi ni dapat merasa angin yg lalu. Macam ni la jugak Rasulullah s.a.w. berinfak. No matter yang kaya, miskin, muslim, bukan muslim, arab tak arab, semua Rasulullah sumbang. Takde pilih2 kasih ni la. Ada 1 peristiwa yang kita rasa paling sesuai dan akan buat anda, anda dan anda respect habis pada Rasulullah s.a.w. Masa tu Rasulullah s.a.w. baru dapat harta rampasan dari Perang Hunain untuk bahagian Rasulullah s.a.w. Banyak sangat unta dan kambing milik Rasulullah s.a.w. Banyak tahap penuh celah antara dua bukit yang tersebar di padang yang luas. Haaa tu diaaa. Ada seorang Arab Badwi ni lalu dan nampak harta Rasulullah s.a.w. Kalau nak diceritakan dalam bahasa sekarang, orang Arab Badwi kemain puji huntunglee Rasulullah dapat harta banyak gitu. Rasulullah tanya dia, suka ke? Kalau suka, ambillah. Ambil semua. Rasulullah bagi kat dia SEMUANYA. Dia pun macam biar betul kan Muhammad ni? Tengah2 dia mengambil harta tu, Rasulullah senyum je tengok dia. Takde rasa ralat langsung! Ini yang kita nak kene didik diri kita ni T.T Banyak sangat2 lagi perkara menarik yang dibincangkan dalam buku ni. Sangat2 recommend member2 di luar sana baca buku ni. Mudah2an duit yg bakal digunakan untuk beli buku ni pun menjadi salah satu perniagaan kita membeli surga.
0 Comments
Tajuk: Masa Dalam Kehidupan Pengarang: Dr. Yusuf al-Qaradhawi Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 152 ISBN: 978-967-366-185-5 Harga: RM 15.00 Alhamdulillah, seronok sangat dapat baca buku ni. Secara umumnya, buku ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian 1: Al-Quran dan Sunnah memberikan perhatian penting terhadap waktu, dan Bahagian 2: Masa manusia antara semalam, hari ini dan esok. Dalam bahagian 1, dikongsikan tentang pentingnya seorang muslim memelihara masa bagi urusan ibadah dan kehidupan sehariannya. Untuk menjadi muslim yg baik, sudah tentu beliau seorang yg mementingkan masa kerana bagi ibadah2 yg tertentu, hanya ada batas waktu tertentu untuk melaksanakannya. Contoh yg senang untuk difahami, untuk seseorang melakukan solat zohor, hendaklah dia menunggu hingga masuknya waktu solat zohor bagi menunaikan solat tersebut. Tetapi hendaklah dia menunaikan solat zohor sebelum masuknya waktu solat asar. Not too early, not too late. Time management is a crucial subject for a muslim. Nabi s.a.w. menceritakan, antara kandungan suhuf Nabi Ibrahim a.s. adalah, "Sepatutnya, orang berakal mempunyai 4 waktu. Waktu dia berdoa kepada Tuhan, waktu dia menilai diri, waktu dia memikirkan ciptaan Allah, dan waktu dia menunaikan keperluan makan dan minum.". Dikongsikan juga tentang yg Rasulullah s.a.w. pernah turut menasihatkan orang yang terlalu menumpukan bacaan al-Quran, sembahyang, dan puasa supaya bersederhana. Baginda menegaskan "Diri kamu mempunyai hak, kerluarga kamu mempunyai hak ke atas kamu, dan untuk tetamu kamu juga mempunyai hak ke atas kamu." Dalam bahagian 2 pula, kita boleh belajar tentang golongan yang obses dengan masa lalu. Tak sudah2 bermegah-megah dengan kejayaan tok neneknya atau kisah keturunannya. Dikongsikan juga ayat-ayat di mana manusia yang menolak ajaran para nabi dengan ayat yang lebih kurang berbunyi mereka memilih untuk mengikut apa yang selama ini telah diamalkan oleh datuk nenek mereka. Isi penting ini mengingatkan saya beberapa amalan budaya tradisi yang diagung2kan melebihi ajaran agama Islam. Bagi perbahasan berkenaan masa hadapan, penulis telah mengupas tentang pemikiran yang hanya memikirkan masa hadapan dan pada masa yang sama menolak dan melupakan segala warisan, sejarah dan panduan yang mengandungi pengajaran. Allah s.w.t. dalam al-Quran mengingatkan manusia supaya mengambil faedah daripada masa lampau (rujuk Surah al-Haj ayat 46). Seorang muslim juga dilarang berputus asa atau pesimis dalam menguruskan atau memikirkan perihal masa hadapan. Lagi meremang bila dikongsikan ayat 87 dari surah Yusuf, "Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". Dalam ayat 56 surah Al-Hijr pula di-highlight, "Nabi Ibrahim berkata "Dan tidak ada sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.".". Amacam? Ada rasa nak give up lagi ke on anything? Dikongsikan juga berangan-angan itu bukan sesuatu yang bagus. Mula-mula terfikir, bukan ke every success starts with a dream? Tapi di sini diterangkan tentang perbezaan berangan-angan dan menaruh harapan. Menaruh harapan disertai dengan amal jikalau tidak, ia hanya menjadi angan-angan. terdapat sebuah hadith yang bermaksud, "Orang yang bijak adalah orang yang menghitung diri dan beramal untuk hari selepas kematian. Orang yang lemah adalah orang yang mengikut hawa nafsu dan menaruh angan-angan kepada Allah". Manakala bagi golongan yang menaruh harapan, Allah memuji mereka dalam al-Quran (rujuk ayat 218 Surah Al-Baqarah). Diringkaskan, pandangan yang benar terhadap masa adalah dengan melihat masa lampau bagi menceduk pengajaran, Berkaitan perspektif hari ini dan esok, esok akan menjadi hari ini manakala hari ini akan menjadi semalam. Sentiasalah kita muhasabah diri supaya dapat beramal dengan lebih baik keesokan harinya. Disarankan juga, budaya sambutan hari jadi dengan meniup lilin and make a wish lebih baik digantikan dengan bermuhasabah tentang amalan sepanjang kita hidup dan bernyawa. Umur yang meningkat menandakan lebih dekat diri kita dengan kematian. Banyak lagi pengetahuan tentang masa yang dibincangkan dalam buku ni. Nak lagi deep, boleh dapatkan buku ni. Selamat membaca ! |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|