Selamat datang ke laman Travelog W
Assalamualaikum wrt. wbt.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan nikmat dan rezeki yang dikurniakanNya dapat saya dan rakan saya Mbak Wulan merancang dan bakal menjalankan projek Travelog W yang dengan izinNya akan bermula 7 hari lagi.
Amboi seriusnya dia. Okay tukar mood sikit. Sebelum cerita lebih panjang lebar meleret, rasanya patut la kita kongsi apa sebenarnya projek Travelog W ni kan? Dah siap ke teh tarik dengan karipap telur panas kat tepi komputer nak teruskan membaca ni? (cubaan membuat orang excited yang hambar).
Apa itu Travelog W?
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan travelog ini membawa maksud sesuatu ceramah, filem, brosur dan sebagainya yang berkaitan dengan pelbagai kisah perjalanan atau pengembaraan.
Adakah kami akan berceramah? TIDAK.
Adakah kami bakal membikin filem? TIDAK.
Adakah kami ingin mengedarkan brosur? Errr secara teknikal TAK kot. Setakat 'share' sikit-sikit kat facebook nanti insha Allah ada.
Habis korang nak buat apa ni sebenarnya? Kami mahu tulis buku catatan sepanjang perjalanan kami nanti.
Dalam banyak-banyak abjad dari A sampai Z, kenapa pilih W?
W untuk Wulan dan Wawi.
Projek ni ada 2 heroin (kami bukan dadah , ini heroin yang watak utama perempuan tu).
Ewah feeling pelakon wanita terbaik tahap Oscar kejap.
Wulan dari Indonesia. Wawi dari Malaysia.
Kami belajar di Portugal dan kami akan sama-sama berjaulah ke beberapa negara Eropah (Ikut nafsu nak singgah seluruh Eropah :P).
Beberapa negara Eropah? Berapa sebenarnya? 2,3 kucing berlari?
Buat masa ni kami rancang untuk pergi 7 buah negara.

Maaflah peta download je dari internet lepas tu conteng-conteng je nombor.
Ini je yang mampu setakat ni.
Harapan kami, moga projek permusafiran kami ini diredhai Allah dan mohon kawan-kawan doakan kami sepanjang projek ini dijalankan. Nebes Mak Jemah tau.