Jangan risau.
Ini bukan post berbayar. Benda baik kene puji dan sebar. Baru2 ni punya la payah cari cartridge printer dari satu kedai ke kedai lain. Maklumlah aku dok ulu kan. Payah nak cari barang2 teknologi ni. Tetiba terfikir, try la beli online. Ni akibat dah biasa beli buku online la ni, dah berjangkit beli cartridge printer pulak kan. Usha2 line kat Google, jumpa online shop namanya Toner Save. (klik untuk ke laman web mereka). Tengok instructions clear, macam boleh percaya je ni. Maka aku pun order la kat situ. Untuk pembayaran, boleh direct debit, credit payment takpun nak pakai PayPal pun boleh. Selesai pembayaran, mereka terus hantar resit pembayaran ke emel korang dan kemudian orang kedai akan call korang untuk confirm-kan order yang korang buat tu. Barang kemudiannya dihantar secara pos sama ada melalui perkhidmatan PosLaju atau GDex. Nak cerita aku punya puas hati sebab service cepat, website user-friendly memang senang gila nak guna, service pun okay (confirmation call, delivery barang ke post office pada hari yang sama (kalau order before 2pm), bungkus barang tip-top), so bagi aku yg duduk ulu experience cari cartridge dari kedai ke kedai menghabiskan duit minyak tak tentu hala, memang PUAS HATI GILA sebab harini order, esoknya sampai pintu rumah aku kat Kg. Oren. Barang pun memang original cartridge. Siap bagi free gift benda comel fruit notes. Bende kecik tapi buat customer happy. Sorry la takde upload gambar. Maklum la dok ulu. Internet cikai2 je asal boleh surf. Insha Allah ada rezki internet laju, aku upload bukti pembelian eh. Sekian, selamat hari raya!
0 Comments
Leave a Reply. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|