Tajuk: Wanita wanita Syurga Pengarang: Dr. Yusuf al Qaradhawi Penterjemah: Tengku Nurul Sa'adah binti Tengku Zawawi Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 88 ISBN: 978-967-366-244-9 Harga: RM 12.00 Buku ni nipis tapi jangan underestimate tau. Boleh ketagih baca buku ni. Lepas baca satu kisah, berjangkit nak baca yang lain. Disebabkan buku ni agak nipis, boleh la dibawa ke mana2 dan dijadikan sebagai buku standby dalam beg. In case ada urusan yg perlu tunggu lama, ada juga benda yg boleh dibaca. Buku ini adalah karya terjemahan dimana asalnya buku ini ditulis dalam Bahasa Arab karangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Buku Wanita-wanita syurga ini mengandungi 5 kisah yang saya kira tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. yang berpengaruh besar dalam perkembangan Islam. 5 tokoh-tokoh tersebut ialah: 1. Khadijah binti Khuwailid 2. Fatimah az-Zahra 3. Asma binti Abu Bakar 4. Rumaiso’ binti Salman atau nama glamournya Ummu Sulaim, dan 5. Nusaibah binti Ka’ab atau gelarannya Ummu ‘Ammarah Bila baca satu persatu kisah hidup yang mereka lalui, dan pengorbanan serta sumbangan mereka pada Islam, terasa sangatlah kerdil kita ni nak mengaku wanita Islam bila dibandingkan dengan mereka. Masih banyak yang perlu dibaiki dalam diri ini. Insha Allah dengan membaca buku ini, kita bukan sahaja dapat mempelajari peranan wanita pada zaman Rasulullah s.a.w, tapi apa yang lebih penting ialah moga-moga dengan izin Allah kita dapat mencedok semangat tokoh-tokoh wanita ini, menyedari peranan dan peluang besar yang kita ada sebenarnya tak kurang hebatnya, dan seterusnya membaiki diri ke arah menjadi hamba yang diredhai Allah seperti mereka. Ditambah dengan cerita2 cute macam mana Saidatina Khadijah bercinta dengan Rasulullah, Fatimah tersadung kain masa ayahnya Rasulullah s.a.w. panggil beliau kerana malu dengan Ali, dan tak kurang semangat wanita seperti Ummu Sulaim yang menginfakkan anaknya pada Rasulullah s.a.w dan menjadikan keislaman sebagai mahar perkahwinannya. Ada banyak lagila kisah yang menarik. Haaa nak tau lebih lanjut, kene lah baca sendiri :P Apa lagi, marilah serbu kedai buku beramai-ramai. Selamat membaca J p.s. dengan setiap pembelian, percuma buku ‘Doa-doa mustajab untuk wanita’. fefeeling baca doa yang dibaca Saidatina Fatimah, Saidatina ‘Aisyah, dan macam2 lagi doa yang baik2. Teehee.
0 Comments
Leave a Reply. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|