Tajuk: SMILE Pengarang: Irma Hasmie, dan Zamri Mohamad Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 128 ISBN: 978-967-411-053-6 Harga: RM 13.00 Buku SMILE ini bukan pasal senyuman sahaja ye. SMILE ni abbreviation (tu dia bahasa org tengah tulis tesis), atau singkatan bagi Skil, Motivasi, Inspirasi, Luar Biasa, Elegan. I would say this book genre is self-help and motivation. Gaya bahasa dan gaya penulisan untuk menyampaikan isi melalui penceritaan ni sangat santai. Takda maknanya korang baca buku ni sambil kerut2 muka atau nak kene baca ulang kali baru paham. Baca sekali lalu sambil baring sebelum tidur pun boleh. Kalau rasa ada banyak masalah dan nak memperbaiki diri tapi tak tahu macam mana nak mulakan perubahan, boleh la cuba memulakan perubahan anda dengan membaca buku ni. Yang bertambah kool nya buku ni lepas satu cerita pengajaran, terus ada ruang exercise macam mana kita nak buat perubahan yg sebegitu pada diri kita pula. Jangan risau. Buku ni bagi saya sesuai untuk semua peringkat umur tak kisah la yang masih bersekolah atau yg dewasa disebabkan apa yg dikongsikan dan gaya perkongsian yg umum dan tidak terlalu khusus pada satu2 golongan. Eh ada pengkhususan la. Lupa. Khas untuk orang yang nak berubah ke arah kebaikan. Dengan wang 13 ringgit yang korang bakal laburkan untuk beli buku ni, rasanya dah habis affordable harga ni. Antara kisah2 yang dimuatkan dalam buku ni adalah kisah pelajar yang sering dibuli secara mental dengan diejek dan dipanggil boyot sedangkan dia tak suka. Dia diejek lemah, kureng pandai dan sebagainya dan lama kelamaan dia pun rasa memang dia tak guna pun. Kadang kita terlupa kita adalah campuran ibu dan ayah kita. Jadi untuk mendapatkan keyakinan diri semula, boleh cuba dengan buat jadual dan senaraikan sifat2 dan bakat ibu dan ayah kita. Haa nak berubah ni pun kene realistik kan. Jadi mana2 bakat dan sifat2 yang kita rasa kita tak mewarisi atau belum diasah, boleh cross out atau org kg oren kata, potong. Jadi fokuskan dengan sifat2 dan bakat yg kita ada tu untuk berkhidmat pada org lain. Bagi saya perkara ni bukan sahaja berlaku pada budak sekolah, politik pejabat pun sama dahsyat. Jadi boleh la cuba teknik ni. Ada 16 kisah pengajaran berserta kit tindakan. Macam2 ada. Ada tentang cara nak jadi peramah, salurkan bakat dengan betul, jangan pandang rendah atau negatif pada org yg dahulunya nakal atau bermasalah tapi sedang berubah ke arah kebaikan. Ada tentang anak tangga yang membantu kita mencapai matlamat dan banyaaaaaakk lagi. Bukan taknak cerita semua. Nama pun review kan. Cerita nak bagi orang beli buku. Kalau cerita semua tu namanya meeting book club. Bukan review buku :P Apa lagi? Selamat berlari ke kedai buku berhampiran untuk SMILE ke arah kebaikan ;) Wassalam.
0 Comments
Leave a Reply. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|