Tajuk: Mukjizat Sabar dalam Al-Quran Pengarang: Dr. Yusuf al Qaradhawi Penterjemah: Muhsin Ahmad dan Abdul Hadi Ishak Penerbit: PTS Darul Furqan Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 252 ISBN: 978-967-0127-58-3 Harga: RM 17.00 Awalnya saya tergerak untuk membaca buku ni untuk mencedok ilmu bagaimana ingin berubah menjadi orang yang sabar. Tak sangka buku ni bukan sahaja mengupas apa itu sabar berdasarkan ayat2 dari al-Qur'an, tetapi menghimpunkan dan kemudiannya mengupas bagi pemahaman yang lebih mendalam perkara-perkara yang berkait dengan sabar. Dari buku ini juga saya tersentap sifat malas yang antara perkara yang self-sabotage juga berpunca dari kurang sabar. Sifat kurang sabar ini juga adalah reflection tahap keimanan kita sebab sifat2 orang mukmin, orang bertaqwa, kekasih2 Allah, para nabi dan rasul semuanya penyabar. Sabar ni rupanya satu trait yang penting sangat2 dalam kehidupan. Buku ini mengandungi 5 bab: 1. Hakikat sabar dalam Al-Qur'an, 2. pembahagian sabar dalam Al-Quran, 3. kedudukan sabar dan orang-orang yang sabar dalam Al-Quran, 4. golongan sabar yang disebut dalam Al-Quran, 5. perspektif Al-Quran berkenaan definisi sabar. Di dalam bab yang pertama, ianya dimulakan dengan perkongsian tentang berapa kali perkataan sabar disebut di dalam al-Quran. Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, lebih 70 kali perkataan sabar disebut di dalam al-Quran manakala Ibnu Qayyim dalam Madarij As-Salikin merekodkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal bahawa perkataan sabar muncul sebanyak 90 kali dalam al-Quran. Akan tetapi perbezaan ini tidak menjadi masalah kerana cara perkiraannya. Apa yang lebih penting adalah kekerapan munculnya perkataan sabar di dalam al-Quran menandakan bahawa pentingnya sifat sabar. Dari segi bahasa, sabar bermaksud menahan dan mencegah. Manakala berdasarkan ayat al-Quran dari surah Ar-Ra'd ayat 22, sabar bermaksud menahan jiwa daripada sesuatu yang dibenci bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dalam bab pertama juga dikongsikan kenapa kita perlu bersabar dan kewajipan serta seruan sabar kepada orang mukmin (rujuk Al-Ankabut 1-3, Al-Baqarah 153 -156, 214, Ali Imran 142, 186, At-Taubah 16). Dibincangkan juga bahawa ujian kepada mukmin adalah suatu kemestian dan seterusnya dikupas berpandukan ayat-ayat al-Quran hikmah yang tersirat di sebaliknya iaitu: 1. membersihkan kita daripada golongan ynag memiliki ciri-ciri munafik dan penyakit hati. Hanya dengan ujian, penyaringan boleh dilakukan untuk mengasingkan yang baik dan buruk. 2. mendidik orang beriman, menggilap keyakinan mereka, serta membersihkan apa yang ada dalam hati mereka. 3. mengangkat darjat di sisi Allah s.w.t. dan menggandakan kebaikan atau sekurang-kurangnya menghapuskan segala dosa kesalahan dan menyucikan hamba itu. Bukan kita je kene bersabar, para Nabi dan Rasul juga telah disuruh bersabar dalam menghadapi ujian Allah s.w.t. Menurut Imam Ibnu Qayyim dalam Madarij As-Salikin, hukum bersabar itu adalah wajib secara ijmak seluruh umat. Ada gunanya bila tau sabar tu wajib. Kang sok kalau rasa nak marah orang, bawakkan bersabar bukan sebab nak redha Allah saja tapi di samping kita sedar taraf sabar tu adalah wajib. Seterusnya dalam bab 2 iaitu pembahagian sabar dalam al-Quran, dikongsikan beberapa bahagian sabar iaitu: 1. sabar dengan ujian dunia. 2. sabar daripada dorongan nafsu 3. sabar mentaati Allah: sebelum, ketika, selepas melakukan ibadah. nak jaga ikhlas beribadah sebelum, ketika, dan selepas melakukannya memerlukan kesabaran yang tinggi. 4. sabar menempuh ranjau dalam berdakwah. banyak diselitkan dengan ayat-ayat al-Quran yang menceritakan dugaan yang telah dihadapi oleh para nabi dan rasul dan antara jalan keluar bagi permasalahannya adalah dengan bersabar. 5. bersabar ketika peperangan. kalau tak sabar tu yang jadi lari dari medan perang, takpun jadi macam masa perang Uhud, kalah sebab tak sabar nak kumpul harta rampasan perang. 6. sabar ketika berinteraksi sesama insan. kalau nak jaga hubungan dengan ahli keluarga, kena bersabar ketika berinteraksi. begitu juga ketika menadah ilmu dengan guru. pengajarannya boleh diambil dari kisah Nabi Musa ketika berinteraksi dengan hamba Allah Khidhir dalam Surah Al-Kahfi. Dalam bab ketiga pula, penulis berkongsi tentang kedudukan sabar dan orang-orang yang sabar dalam al-Quran. Sabar adalah berkait rapat dengan keyakinan, syukur, tawakal, solat, bertasbih dan beristighfar, jihad, amalan soleh, takwa, kebenaran, dan rahmat. Sebagai menggalakkan untuk kita bersabar, dituliskan juga kebaikan yang diperoleh di dunia dan di akhirat dengan bersabar: 1. Allah s.w.t. bersama orang-orang yang sabar (2:153,249; 8:46, 65-66). 2. Kasih sayang Allah s.w.t. kepada golongan yang sabar (3:146). 3. Mengkhususkan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar dan tidak menghimpunkan dengan selain daripada mereka (2:155,157). 4. Memberi ganjaran atas amal soleh yang dilakukan (16:96). 5. Menyempurnakan ganjaran kepada golongan yang sabar tanpa batasan (39:10). 6. Jaminan pertolongan dan bantuan kepada golongan yang sabar (3:125; 7:137). 7. Mendapat kedudukan imamah (kepimpinan) dalam agama (32:24). 8. Pujian kepada orang-orang yang sabar (3:186; 42:43; 31:17). 9. Terpelihara daripada tipu daya musuh (3:120). 10. Memasuki syurga dan mendapat salam daripada malaikat (76:12; 25:75; 13:23-24). 11. Ambil manfaat daripada sejarah dan pengajaran melalui ayat Allah untuk diri dan sedar tentangnya. (14:5; 34:19; 42:32-33). Di dalam bab yang berikutnya iaitu bab 4 yang bertajuk golongan sabar yang disebut dalam al-Quran, dibincangkan tentang para nabi yang mempunyai tingkat kesabaran yang tinggi iaitu: 1. Nabi Ayyub a.s. (21:83-85; 38:41-44) 2. Nabi Yaaqub a.s. (12:18,83-86; 38:45) 3. Nabi Yusuf a.s. (12:23,32,33,50-51,54,56,90) 4. Nabi Ismail a.s. (37:102,104-107; 18:69; 21:85-86) 5. Nabi Nuh a.s. (71:5-7,8-12,26-27; 11:27; 23:25) 6. Nabi Ibrahim a.s. (19:46-48; 21:69) 7. Nabi Musa a.s. (40:26; 7:127-129,138; 2:51,61,67; 5:24-25 ) Memang seronok sangat baca kisah-kisah bagaimana mereka diuji. Lagi best bila baca apa tindakan mereka terhadap ujian yang diberikan. Amazing. Ni kene baca sendiri la baru syiok. Penutup bagi buku ini ialah bab kelima yang menyentuh perspektif Al-Quran berkenaan definisi sabar. Pentingnya untuk kita mengetahui bahawa hakikat kehidupan di dunia adalah untuk diuji. Merujuk kepada ayat 4 dalam Surah Al-Balad, manusia sememangnya dijadikan untuk sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran. Kita juga perlu mengenal hakikat manusia. Segala apa yang kita ada semuanya datang dari Allah, pinjaman Allah kepada kita. Jadi kalau nikmat ditarik atau ditimpa musibah yang berkaitan, ingatlah semua itu bukan milik kita pun. Tak salah pun kalau tuan barang mengambil semula barang miliknya. Di samping itu juga, kita hendaklah yakin terhadap balasan baik dari Allah atas kesabaran yang kita letakkan dalam menempuhi ujian dan rintangan. Yakinlah bahawa kemenangan akan muncul jua dengan izin Allah jika kita bersabar dan tak putus asa. Kutiplah semangat untuk bersabar dari golongan sabar iaitu para nabi dan rasul seperti yang diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran. Dalam mengamalkan dan menjaga sabar, kita juga hendaklah waspada dan berstrategi terhadap penghalang sabar iaitu antaranya ialah sikap terburu-buru, mara, kesedihan dan tipu daya, dan putus asa. Insha Allah dengan menceduk ilmu melalui pembacaan buku ini, kita boleh membaiki diri dan tahap kesabaran bila dah tau rendahnya tahap sabar kita nak dibanding dengan orang2 yang dijanjikan syurga. Ditambah dengan balasan2 serta janji2 Allah bagi hambaNya yang bersabar, marilah sama2 kita bersemangat nak jadi orang yang sabar. Jom!
2 Comments
Wafaa Zakaria
26/8/2020 04:17:43 am
Saya nak buku ni satu
Reply
Md Ali Berahim
9/9/2020 08:32:34 pm
Saya nak satu buku ini. Saya bercadang nak tulis buku mengenai sabar...tk
Reply
Leave a Reply. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|