Tajuk: Masa Dalam Kehidupan Pengarang: Dr. Yusuf al-Qaradhawi Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 152 ISBN: 978-967-366-185-5 Harga: RM 15.00 Alhamdulillah, seronok sangat dapat baca buku ni. Secara umumnya, buku ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian 1: Al-Quran dan Sunnah memberikan perhatian penting terhadap waktu, dan Bahagian 2: Masa manusia antara semalam, hari ini dan esok. Dalam bahagian 1, dikongsikan tentang pentingnya seorang muslim memelihara masa bagi urusan ibadah dan kehidupan sehariannya. Untuk menjadi muslim yg baik, sudah tentu beliau seorang yg mementingkan masa kerana bagi ibadah2 yg tertentu, hanya ada batas waktu tertentu untuk melaksanakannya. Contoh yg senang untuk difahami, untuk seseorang melakukan solat zohor, hendaklah dia menunggu hingga masuknya waktu solat zohor bagi menunaikan solat tersebut. Tetapi hendaklah dia menunaikan solat zohor sebelum masuknya waktu solat asar. Not too early, not too late. Time management is a crucial subject for a muslim. Nabi s.a.w. menceritakan, antara kandungan suhuf Nabi Ibrahim a.s. adalah, "Sepatutnya, orang berakal mempunyai 4 waktu. Waktu dia berdoa kepada Tuhan, waktu dia menilai diri, waktu dia memikirkan ciptaan Allah, dan waktu dia menunaikan keperluan makan dan minum.". Dikongsikan juga tentang yg Rasulullah s.a.w. pernah turut menasihatkan orang yang terlalu menumpukan bacaan al-Quran, sembahyang, dan puasa supaya bersederhana. Baginda menegaskan "Diri kamu mempunyai hak, kerluarga kamu mempunyai hak ke atas kamu, dan untuk tetamu kamu juga mempunyai hak ke atas kamu." Dalam bahagian 2 pula, kita boleh belajar tentang golongan yang obses dengan masa lalu. Tak sudah2 bermegah-megah dengan kejayaan tok neneknya atau kisah keturunannya. Dikongsikan juga ayat-ayat di mana manusia yang menolak ajaran para nabi dengan ayat yang lebih kurang berbunyi mereka memilih untuk mengikut apa yang selama ini telah diamalkan oleh datuk nenek mereka. Isi penting ini mengingatkan saya beberapa amalan budaya tradisi yang diagung2kan melebihi ajaran agama Islam. Bagi perbahasan berkenaan masa hadapan, penulis telah mengupas tentang pemikiran yang hanya memikirkan masa hadapan dan pada masa yang sama menolak dan melupakan segala warisan, sejarah dan panduan yang mengandungi pengajaran. Allah s.w.t. dalam al-Quran mengingatkan manusia supaya mengambil faedah daripada masa lampau (rujuk Surah al-Haj ayat 46). Seorang muslim juga dilarang berputus asa atau pesimis dalam menguruskan atau memikirkan perihal masa hadapan. Lagi meremang bila dikongsikan ayat 87 dari surah Yusuf, "Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". Dalam ayat 56 surah Al-Hijr pula di-highlight, "Nabi Ibrahim berkata "Dan tidak ada sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.".". Amacam? Ada rasa nak give up lagi ke on anything? Dikongsikan juga berangan-angan itu bukan sesuatu yang bagus. Mula-mula terfikir, bukan ke every success starts with a dream? Tapi di sini diterangkan tentang perbezaan berangan-angan dan menaruh harapan. Menaruh harapan disertai dengan amal jikalau tidak, ia hanya menjadi angan-angan. terdapat sebuah hadith yang bermaksud, "Orang yang bijak adalah orang yang menghitung diri dan beramal untuk hari selepas kematian. Orang yang lemah adalah orang yang mengikut hawa nafsu dan menaruh angan-angan kepada Allah". Manakala bagi golongan yang menaruh harapan, Allah memuji mereka dalam al-Quran (rujuk ayat 218 Surah Al-Baqarah). Diringkaskan, pandangan yang benar terhadap masa adalah dengan melihat masa lampau bagi menceduk pengajaran, Berkaitan perspektif hari ini dan esok, esok akan menjadi hari ini manakala hari ini akan menjadi semalam. Sentiasalah kita muhasabah diri supaya dapat beramal dengan lebih baik keesokan harinya. Disarankan juga, budaya sambutan hari jadi dengan meniup lilin and make a wish lebih baik digantikan dengan bermuhasabah tentang amalan sepanjang kita hidup dan bernyawa. Umur yang meningkat menandakan lebih dekat diri kita dengan kematian. Banyak lagi pengetahuan tentang masa yang dibincangkan dalam buku ni. Nak lagi deep, boleh dapatkan buku ni. Selamat membaca !
0 Comments
Leave a Reply. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|