Tajuk: Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu Pengarang: Kiyai Haji Muhammad Hasyim Asy'ari Penerbit: Pelima Media Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 116 ISBN: 978-967-5999-15-4 Harga: RM 15.00 Kitab Faktor Adab dalam Meraih Berkat Ilmu ini merupakan terjemahan kitab berbahasa arab iaitu Adabul 'Alim wa Al-Muta'allim. Pada mulanya apa yang menarik aku untuk membeli buku ini adalah untuk menyegarkan ingatan bagaimana saya belajar mengaji dengan penuh adab sewaktu kanak-kanak dahulu dan bagi menyemarakkan semangat untuk mendalami ilmu pengajaran dan interaksi dengan bakal pelajar. Almaklum la insha Allah tahun depan dah kena mula mengajar. Kenalah mula update skill and knowledge nak tackle students. Buku ni senang cite ringkas, straight to the point tetapi masih penuh hikmah. Antara adab2 yang dimuatkan dalam buku ini ialah adab menuntut ilmu, adab pelajar terhadap guru, adab bagi guru, adab mengajar, dan tak ketinggalan adab terhadap kitab / buku pun ada. Kalau tengokkan nama penulis tu ada kiyai kat depan, mesti korang bajet2 ni buku buat orang belajar agama je. Seriously isi dan contoh yang dikongsi dalam buku ni memang boleh diaplikasi oleh ahli akademik tanpa mengira bidang. Lagipun tak baik tau pisah2kan pendidikan agama dengan sains bla bla. Sekular la uols ni. Bila dah selesai baca buku ni, rasa macam terpesong jauh dah aku punya adab belajar sekarang. Perlu kembali ke pangkal jalan. Insha Allah sama2 lah kita menceduk manfaat dari kitab ni supaya kita sama2 menjadi lebih beradab. Gitooh.
0 Comments
Leave a Reply. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|