Alhamdulillah minggu lepas berpeluang menyertai MISG 2014 di Bangunan Canselori UTM. 1 minggu yang sangat padat dan terkejar2. Walau sekadar watak pipih, tak wujud pun program boleh jalan punya, kita pun rasa penat lagi fatigue yang amat. Untuk pengetahuan umum, Mathematics in Industry Study Group ni dah dijalankan di banyak negara antaranya adalah UK, New Zealand, Europe, dan Australia. Konsep study group ni pada kita sangat menarik. Syarikat-syarikat dari pelbagai industri boleh menghantar permasalahan syarikat mereka kepada pihak penganjur untuk cuba diselesaikan oleh pakar-pakar yang menghadiri kumpulan belajar ini dalam masa seminggu. OK memang seminggu sejujurnya tak cukup untuk menyelesaikan sepenuhnya tetapi dalam seminggu ni memang para peserta menghadap dan memikirkan permasalahan yang dicadangkan secara intense bak kata orang melayu, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Cam tu haaaa. MISG kali ni istimewa sikit sebab ada pensyarah yg menyelia kita masa di Portugal dulu datang ke sini. Merasa la jadi PA seminggu. Seminggu ni juga la ada rasa serpihan hidup ahli matematik sikit. Tempias-tempias duduk menempel dengar perbincangan dan perbahasan idea-idea yang difikirkan sesuai lagi bermanfaat dalam menyelesaikan permasalahan. Bagi MISG kedua ni, ada 6 permasalahan yang dicadangkan. 1. Model matematik dan pengoptimuman untuk rawatan berasaskan biologi bagi kolam pengoksidaan. (J-Biotech) 2. Pemerosotan pencemaran sungai dalam akuifer menggunakan teknik penyusupan di tebing sungai (NAHRIM) 3. Pembangunan sistem amaran awal untuk penyakit blasta padi, benah perang, serangga perosak, dan penyakit beras. (MARDI) 4. Pendwicabangan koronari - kesan sten pada aliran darah. (KPJ) 5. Sistem ampaian elektromagnet jana semula bagi sistem kuasa kipas hijau. (PROTON) 6. Rangkaian minimum air dan tenaga yang jimat kos. (PROSPECT) Kita masuk kumpulan PROTON. Seronok sangat dapat belajar benda baru tentang suspension system atau dalam bahasa melayunya sistem ampaian. Bila tengok istilah melayunya macam nak sidai kain pulak rasa :P Buat masa ini, sistem ampaian boleh dibahagikan kepada 3 kategori: 1. Pasif 2. Separa Aktif 3. Aktif Kebanyakan kereta yang berada di pasaran sekarang adalah terdiri daripada sistem ampaian pasif yang berasaskan spring dan peredam (damper). Sistem ini digunapakai secara meluas kerana kestabilannya yang baik akan tetapi sistem ini tidak dapat dikawal pergerakannya. Oleh itu beberapa kereta mewah dari jenama yang terkenal menggunakan elektromagnetik untuk mengawal pergerakan sistem ampaian dan menjadikan sistem ampaian separa aktif. Sekarang orang nak lagi UP dik non oi. Nak main sistem ampaian aktif. Tak main spring, peredam ni semua. Nak pakai susunan magnet yang dikawal dengan input tenaga elektrik bagi menghasilkan dan mengawal medan magnet yang menggantikan tindakan spring dan peredam dalam sistem ampaian sebelumnya. Tetapi kenapa orang belum pernah buat sistem ampaian aktif lagi? Haaa cabaran besar untuk menghasilkan sistem ampaian aktif ialah menyelesaikan masalah ketidakstabilan sistem ini. Pendek cerita selama seminggu terhasillah model matematik bagi sistem ampaian aktif tetapi seperti yang diketahui, adanya ketidakstabilan dalam sistem ni. Apa yang dicadangkan ialah untuk mengawal ketidakstabilan ini kerana sudah tentu mustahil untuk kita menghapuskannya. Berdasarkan Teorem Earnshaw, adalah mustahil untuk mencapai apungan statik menggunakan sebarang penggabungan beberapa magnet kekal dan cas-cas elektrik. Bagi mengatasi kes ini, dicadangkan untuk menyelesaikannya secara praktikal bukan teoretikal iaitu dengan meletakkan susunan magnet-magnet tersebut dalam 1 sarung (sleeve). Seterusnya, bagi mengatasi ketidakstabilan sistem ini sendiri, 1 fungsi pengawal (controller) telah dimasukkan ke dalam model matematik yang dicadangkan. Model tersebut telah diselesaikan dalam kondisi nilai eigen sistem tersebut adalah di sukuan kedua dalam satah kompleks. Dengan memanipulasi nilai dalam fungsi pengawal, dapat dilihat bahawa model ini berjaya bertindak mengatasi ketidak stabilan dan berfungsi sebagai sistem ampaian yang baik. Pada hari terakhir, para pakar mencadangkan pembangunan model matematik yang lebih tepat di masa akan datang dalam bentuk persamaan pembezaan lewat (delay differential equation) bagi mengambil kira masa tindak balas pengesan (sensor) untuk menghantar maklumat ke sistem kereta bagi memberikan input tenaga elektrik yang sesuai ke sistem ampaian aktif. Walau sekadar menempel, kita tumpang gembira dengan percambahan idea dalam kumpulan ni. Sekian saja sesi mencucuk minat kali ni. Bagi yang rasa teringin nak menceduk pengalaman dalam aktiviti MISG ni, insha Allah tahun depan boleh la ikut serta ;) Wassalam ! Muka ketat padahal buat slides je tu :P
0 Comments
Tajuk: Mukjizat Sabar dalam Al-Quran Pengarang: Dr. Yusuf al Qaradhawi Penterjemah: Muhsin Ahmad dan Abdul Hadi Ishak Penerbit: PTS Darul Furqan Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 252 ISBN: 978-967-0127-58-3 Harga: RM 17.00 Awalnya saya tergerak untuk membaca buku ni untuk mencedok ilmu bagaimana ingin berubah menjadi orang yang sabar. Tak sangka buku ni bukan sahaja mengupas apa itu sabar berdasarkan ayat2 dari al-Qur'an, tetapi menghimpunkan dan kemudiannya mengupas bagi pemahaman yang lebih mendalam perkara-perkara yang berkait dengan sabar. Dari buku ini juga saya tersentap sifat malas yang antara perkara yang self-sabotage juga berpunca dari kurang sabar. Sifat kurang sabar ini juga adalah reflection tahap keimanan kita sebab sifat2 orang mukmin, orang bertaqwa, kekasih2 Allah, para nabi dan rasul semuanya penyabar. Sabar ni rupanya satu trait yang penting sangat2 dalam kehidupan. Buku ini mengandungi 5 bab: 1. Hakikat sabar dalam Al-Qur'an, 2. pembahagian sabar dalam Al-Quran, 3. kedudukan sabar dan orang-orang yang sabar dalam Al-Quran, 4. golongan sabar yang disebut dalam Al-Quran, 5. perspektif Al-Quran berkenaan definisi sabar. Di dalam bab yang pertama, ianya dimulakan dengan perkongsian tentang berapa kali perkataan sabar disebut di dalam al-Quran. Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, lebih 70 kali perkataan sabar disebut di dalam al-Quran manakala Ibnu Qayyim dalam Madarij As-Salikin merekodkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal bahawa perkataan sabar muncul sebanyak 90 kali dalam al-Quran. Akan tetapi perbezaan ini tidak menjadi masalah kerana cara perkiraannya. Apa yang lebih penting adalah kekerapan munculnya perkataan sabar di dalam al-Quran menandakan bahawa pentingnya sifat sabar. Dari segi bahasa, sabar bermaksud menahan dan mencegah. Manakala berdasarkan ayat al-Quran dari surah Ar-Ra'd ayat 22, sabar bermaksud menahan jiwa daripada sesuatu yang dibenci bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dalam bab pertama juga dikongsikan kenapa kita perlu bersabar dan kewajipan serta seruan sabar kepada orang mukmin (rujuk Al-Ankabut 1-3, Al-Baqarah 153 -156, 214, Ali Imran 142, 186, At-Taubah 16). Dibincangkan juga bahawa ujian kepada mukmin adalah suatu kemestian dan seterusnya dikupas berpandukan ayat-ayat al-Quran hikmah yang tersirat di sebaliknya iaitu: 1. membersihkan kita daripada golongan ynag memiliki ciri-ciri munafik dan penyakit hati. Hanya dengan ujian, penyaringan boleh dilakukan untuk mengasingkan yang baik dan buruk. 2. mendidik orang beriman, menggilap keyakinan mereka, serta membersihkan apa yang ada dalam hati mereka. 3. mengangkat darjat di sisi Allah s.w.t. dan menggandakan kebaikan atau sekurang-kurangnya menghapuskan segala dosa kesalahan dan menyucikan hamba itu. Bukan kita je kene bersabar, para Nabi dan Rasul juga telah disuruh bersabar dalam menghadapi ujian Allah s.w.t. Menurut Imam Ibnu Qayyim dalam Madarij As-Salikin, hukum bersabar itu adalah wajib secara ijmak seluruh umat. Ada gunanya bila tau sabar tu wajib. Kang sok kalau rasa nak marah orang, bawakkan bersabar bukan sebab nak redha Allah saja tapi di samping kita sedar taraf sabar tu adalah wajib. Seterusnya dalam bab 2 iaitu pembahagian sabar dalam al-Quran, dikongsikan beberapa bahagian sabar iaitu: 1. sabar dengan ujian dunia. 2. sabar daripada dorongan nafsu 3. sabar mentaati Allah: sebelum, ketika, selepas melakukan ibadah. nak jaga ikhlas beribadah sebelum, ketika, dan selepas melakukannya memerlukan kesabaran yang tinggi. 4. sabar menempuh ranjau dalam berdakwah. banyak diselitkan dengan ayat-ayat al-Quran yang menceritakan dugaan yang telah dihadapi oleh para nabi dan rasul dan antara jalan keluar bagi permasalahannya adalah dengan bersabar. 5. bersabar ketika peperangan. kalau tak sabar tu yang jadi lari dari medan perang, takpun jadi macam masa perang Uhud, kalah sebab tak sabar nak kumpul harta rampasan perang. 6. sabar ketika berinteraksi sesama insan. kalau nak jaga hubungan dengan ahli keluarga, kena bersabar ketika berinteraksi. begitu juga ketika menadah ilmu dengan guru. pengajarannya boleh diambil dari kisah Nabi Musa ketika berinteraksi dengan hamba Allah Khidhir dalam Surah Al-Kahfi. Dalam bab ketiga pula, penulis berkongsi tentang kedudukan sabar dan orang-orang yang sabar dalam al-Quran. Sabar adalah berkait rapat dengan keyakinan, syukur, tawakal, solat, bertasbih dan beristighfar, jihad, amalan soleh, takwa, kebenaran, dan rahmat. Sebagai menggalakkan untuk kita bersabar, dituliskan juga kebaikan yang diperoleh di dunia dan di akhirat dengan bersabar: 1. Allah s.w.t. bersama orang-orang yang sabar (2:153,249; 8:46, 65-66). 2. Kasih sayang Allah s.w.t. kepada golongan yang sabar (3:146). 3. Mengkhususkan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar dan tidak menghimpunkan dengan selain daripada mereka (2:155,157). 4. Memberi ganjaran atas amal soleh yang dilakukan (16:96). 5. Menyempurnakan ganjaran kepada golongan yang sabar tanpa batasan (39:10). 6. Jaminan pertolongan dan bantuan kepada golongan yang sabar (3:125; 7:137). 7. Mendapat kedudukan imamah (kepimpinan) dalam agama (32:24). 8. Pujian kepada orang-orang yang sabar (3:186; 42:43; 31:17). 9. Terpelihara daripada tipu daya musuh (3:120). 10. Memasuki syurga dan mendapat salam daripada malaikat (76:12; 25:75; 13:23-24). 11. Ambil manfaat daripada sejarah dan pengajaran melalui ayat Allah untuk diri dan sedar tentangnya. (14:5; 34:19; 42:32-33). Di dalam bab yang berikutnya iaitu bab 4 yang bertajuk golongan sabar yang disebut dalam al-Quran, dibincangkan tentang para nabi yang mempunyai tingkat kesabaran yang tinggi iaitu: 1. Nabi Ayyub a.s. (21:83-85; 38:41-44) 2. Nabi Yaaqub a.s. (12:18,83-86; 38:45) 3. Nabi Yusuf a.s. (12:23,32,33,50-51,54,56,90) 4. Nabi Ismail a.s. (37:102,104-107; 18:69; 21:85-86) 5. Nabi Nuh a.s. (71:5-7,8-12,26-27; 11:27; 23:25) 6. Nabi Ibrahim a.s. (19:46-48; 21:69) 7. Nabi Musa a.s. (40:26; 7:127-129,138; 2:51,61,67; 5:24-25 ) Memang seronok sangat baca kisah-kisah bagaimana mereka diuji. Lagi best bila baca apa tindakan mereka terhadap ujian yang diberikan. Amazing. Ni kene baca sendiri la baru syiok. Penutup bagi buku ini ialah bab kelima yang menyentuh perspektif Al-Quran berkenaan definisi sabar. Pentingnya untuk kita mengetahui bahawa hakikat kehidupan di dunia adalah untuk diuji. Merujuk kepada ayat 4 dalam Surah Al-Balad, manusia sememangnya dijadikan untuk sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran. Kita juga perlu mengenal hakikat manusia. Segala apa yang kita ada semuanya datang dari Allah, pinjaman Allah kepada kita. Jadi kalau nikmat ditarik atau ditimpa musibah yang berkaitan, ingatlah semua itu bukan milik kita pun. Tak salah pun kalau tuan barang mengambil semula barang miliknya. Di samping itu juga, kita hendaklah yakin terhadap balasan baik dari Allah atas kesabaran yang kita letakkan dalam menempuhi ujian dan rintangan. Yakinlah bahawa kemenangan akan muncul jua dengan izin Allah jika kita bersabar dan tak putus asa. Kutiplah semangat untuk bersabar dari golongan sabar iaitu para nabi dan rasul seperti yang diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran. Dalam mengamalkan dan menjaga sabar, kita juga hendaklah waspada dan berstrategi terhadap penghalang sabar iaitu antaranya ialah sikap terburu-buru, mara, kesedihan dan tipu daya, dan putus asa. Insha Allah dengan menceduk ilmu melalui pembacaan buku ini, kita boleh membaiki diri dan tahap kesabaran bila dah tau rendahnya tahap sabar kita nak dibanding dengan orang2 yang dijanjikan syurga. Ditambah dengan balasan2 serta janji2 Allah bagi hambaNya yang bersabar, marilah sama2 kita bersemangat nak jadi orang yang sabar. Jom! Tajuk: Wanita wanita Syurga Pengarang: Dr. Yusuf al Qaradhawi Penterjemah: Tengku Nurul Sa'adah binti Tengku Zawawi Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 88 ISBN: 978-967-366-244-9 Harga: RM 12.00 Buku ni nipis tapi jangan underestimate tau. Boleh ketagih baca buku ni. Lepas baca satu kisah, berjangkit nak baca yang lain. Disebabkan buku ni agak nipis, boleh la dibawa ke mana2 dan dijadikan sebagai buku standby dalam beg. In case ada urusan yg perlu tunggu lama, ada juga benda yg boleh dibaca. Buku ini adalah karya terjemahan dimana asalnya buku ini ditulis dalam Bahasa Arab karangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Buku Wanita-wanita syurga ini mengandungi 5 kisah yang saya kira tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. yang berpengaruh besar dalam perkembangan Islam. 5 tokoh-tokoh tersebut ialah: 1. Khadijah binti Khuwailid 2. Fatimah az-Zahra 3. Asma binti Abu Bakar 4. Rumaiso’ binti Salman atau nama glamournya Ummu Sulaim, dan 5. Nusaibah binti Ka’ab atau gelarannya Ummu ‘Ammarah Bila baca satu persatu kisah hidup yang mereka lalui, dan pengorbanan serta sumbangan mereka pada Islam, terasa sangatlah kerdil kita ni nak mengaku wanita Islam bila dibandingkan dengan mereka. Masih banyak yang perlu dibaiki dalam diri ini. Insha Allah dengan membaca buku ini, kita bukan sahaja dapat mempelajari peranan wanita pada zaman Rasulullah s.a.w, tapi apa yang lebih penting ialah moga-moga dengan izin Allah kita dapat mencedok semangat tokoh-tokoh wanita ini, menyedari peranan dan peluang besar yang kita ada sebenarnya tak kurang hebatnya, dan seterusnya membaiki diri ke arah menjadi hamba yang diredhai Allah seperti mereka. Ditambah dengan cerita2 cute macam mana Saidatina Khadijah bercinta dengan Rasulullah, Fatimah tersadung kain masa ayahnya Rasulullah s.a.w. panggil beliau kerana malu dengan Ali, dan tak kurang semangat wanita seperti Ummu Sulaim yang menginfakkan anaknya pada Rasulullah s.a.w dan menjadikan keislaman sebagai mahar perkahwinannya. Ada banyak lagila kisah yang menarik. Haaa nak tau lebih lanjut, kene lah baca sendiri :P Apa lagi, marilah serbu kedai buku beramai-ramai. Selamat membaca J p.s. dengan setiap pembelian, percuma buku ‘Doa-doa mustajab untuk wanita’. fefeeling baca doa yang dibaca Saidatina Fatimah, Saidatina ‘Aisyah, dan macam2 lagi doa yang baik2. Teehee. Title: The Story of The Qur’an: Its History and Place in Muslim Life Author: Ingrid Mattson Publisher: Wiley-Blackwell No. of pages: 298 ISBN: 978-0-470-67349-2 Price: RM 119.80 (Kinokuniya) I think I would like to begin with how I found this book. It started with when I was watching a video of Ingrid Mattson’s lecture on Youtube. The way she spoke out her mind and delivering a lecture with details, points and in my point of view, very academic way of sharing about Islam, made me interested to look for reading materials written by her. Turned out she wrote a book entitled ‘The Story of The Qur’an: Its History and Place in Muslim Life’ which is a textbook that has been printed in 2 editions, and the 2nd edition which published at Wiley-Blackwell is cheaper and affordable than the 1st edition which is a hard cover version of it. It was difficult for me to find this book around my area but luckily we’re living in the time of internet and online shopping are parts of our life. I bought this book from Kinokuniya online and sent to me by courier. In this particular case, I agree that valuable things aren’t easy to get, but worth finding for J If you’re looking for a book that can offer you an academic discussion about Qur’an that even a non-scholar would be able to understand it, I suggest you to read this book. Just to make it clear, this is not a tafseer but a textbook that provide you with info regarding Qur’an. This book consists of 6 chapters: i. God Speaks to Humanity ii. The Prophet Conveys the Message iii. The Voice and the Pen iv. Blessed Words: The Qur’an and Culture v. What God Really Means: Interpreting the Qur’an vi. Conclusion: Listening for God In chapter 1, Mattson started with the story about Khawla bint Tha’laba who went to the Prophet Muhamad pbuh asking about she’s being zihar by her husband. According to the pre-Islamic Arabs, in this case she’s prohibited to be touch by her husband but at the same time she’s not free from the marital bond. Khawla knew this is some kind of injustice so that’s why she went to complain to the Prophet but the Prophet can’t do or say anything unless there’s a revelation from God regarding this matter. At first she was disappointed by what is said by the Prophet but she didn’t give up and keep channelling her complain to God. One day, the answer arrived from God as verse 1-2 in Surah Mujadila. This kind of story is known as asbab an-nuzul which literally means “occasions of revelation”. This chapter also discusses about how the current Arab world started from the event when Prophet Ismail pbuh and her mother Hajar was tested with being left at a deserted area by Prophet Ibrahim pbuh who is the father of Prophet Ismail pbuh and the husband of Hajar, then to the time when the Prophet Muhammad pbuh was living. I believe this chapter helps in understanding Qur’an since the Qur’an is Words of God that sent to the Prophet Muhammad pbuh and preached by the Prophet. So it’s important to know at least some background about the Prophet when we want to learn about the history of Qur’an. Later in chapter 2, the writer shared about some discussion of accuracy and authenticity of Qur’an, the main gist of Qur’an that is tawhid or monotheism, human creation as servant of God, and justice. Next, in chapter 3, you’ll enjoy reading an inspiring story about a person learning, reciting and memorizing Qur’an who’s living in our time. In this chapter, Mattson discusses how the Qur’an is passed and preserved from the time of the Prophet pbuh until now, and also how Muslims have learned to read Qur’an. When I see Figure 3.1 in this book, which is the isnad that the girl is awarded, made me realize that Qur’an that I’m having right now, isn’t just a book. It’s Words of God, being transmitted and passed by generations with so many difficulties and so many things happened on the way for it to be preserved till this time and I’m having it with me right now. How lucky am I to be blessed with this gift from God but I just didn’t appreciate it enough. Sighhhh. Further, you may gain some knowledge on the culture related to Qur’an like the calligraphy of Qur’an verses in mosques, Qur’an verses on coins and reciting Surah Yasin in funeral by reading chapter 4. Later, you may learn about discussion on interpreting the Qur’an which I found also as an interesting topic and also an issue that is very close to us since we’re living in a period when we didn’t have the chance to go and ask the Prophet pbuh directly if we have any questions especially about understanding what the Qur’an verses actually mean. In chapter 6 which is the final chapter, Mattson had summed up what she’s trying to deliver from this book and what she believes as the best way to read Qur’an. Personally I would say I learned a lot from this book and it helps me to appreciate Qur’an much more than what I did. Happy reading ! Title: The Lincoln Lawyer Author: Michael Connelly Publisher: Warner Books No. of pages: 508 ISBN-10: 0-446-61737-7 ISBN-13: 9780446617376 Price: Eur 3.50 (bought on sale) RM 32.90 (MPH online) It's been a looooong time I didn't read novels. I barely remember when was the last time I read novels. Actually I bought this book when I was doing research at Coimbra. It was difficult for me to find cheap books in English there. One day, I dropped at a bookshop located in a train station at Porto and found some English novels on sale. I thought it was a pretty good deal so I just grabbed some books that I hoped could kill my boredom on weekends and this is one of them. Back at that time, I didn't get the chance to finish reading this book until recently I decided to 'escape' for awhile from academia world, and also considering my new year revolution to read different kinds of books, by choosing this novel as a kickstart. While reading this novel, I could say that I felt my adrenaline was kept pumping and my heartbeat gone wild. The story was about an attorney named Mickey Haller who got divorced twice, first ex-wife was a district attorney called Maggie and from this marriage he got a child named Halley, and second ex-wife was his assistant named Lorna. The main storyline is about Mick defending a guy named Louis Ross Roulet, accused of trying to brutally kill a prostitute named Regina Campo. It's Mick common practice to not figuring out the person he's defending whether he/she was doing the crime or not. He thought that would be easier for him to do his job. The story goes packed with conflicts (in my imagination of course :P) when Mick started to realize the similarity of the bruises and cuts between Regina Campo's and Martha Renteria's, his previous case of defending a guy that accused of killing Martha Renteria who also a prostitute. Now he crossed his common practice and asked for help from his private investigator who also a friend of him named Raul Levin, to solve the puzzle together. By crossing his line, he didn't realized that he'd put himself and his daughter's life in danger. He was left with no choice but to solve the puzzle by himself when his friend Raul was killed by the devil. It was a nightmare of his life. Being a lawyer to a guy who killed his friend and the same guy who made an innocent man in jail for being accused of killing Martha Renteria. He's not just a killer, but a serial one. It was started to be more exciting when Louis found out that Mick knew he's the devil. With the police putting Mick as a major suspect of killing his friend because of the bullet found was believed to come from a type of gun which registered as Mick's. Threatened by Louis who stole the gun from Mick's house, used it to kill Raul, and kept it with him so it will look like Mick was planting/hiding the evidence from the police, Mick had to keep working as a defendant attorney of Louis. With some arrangements, Mick made this hearing as a plan to prove his innocence and also to send some signals that Louis is the guy that the police are looking for. Mick won the case and made Louis caught of a previous murder case. But it wasn't as easy as Mick had thought. Turned out Louis was released due to unfruitful interrogation by the police and that made Mick remembered Louis' last word "You can't protect everybody.". Will he and his daughter who is under the custody of his 1st ex wife survive from being killed by Louis? I'll leave it for you readers to figure out yourselves. Happy reading ! p.s. I heard that this book had been filmed back in 2011. Tajuk: SMILE Pengarang: Irma Hasmie, dan Zamri Mohamad Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 128 ISBN: 978-967-411-053-6 Harga: RM 13.00 Buku SMILE ini bukan pasal senyuman sahaja ye. SMILE ni abbreviation (tu dia bahasa org tengah tulis tesis), atau singkatan bagi Skil, Motivasi, Inspirasi, Luar Biasa, Elegan. I would say this book genre is self-help and motivation. Gaya bahasa dan gaya penulisan untuk menyampaikan isi melalui penceritaan ni sangat santai. Takda maknanya korang baca buku ni sambil kerut2 muka atau nak kene baca ulang kali baru paham. Baca sekali lalu sambil baring sebelum tidur pun boleh. Kalau rasa ada banyak masalah dan nak memperbaiki diri tapi tak tahu macam mana nak mulakan perubahan, boleh la cuba memulakan perubahan anda dengan membaca buku ni. Yang bertambah kool nya buku ni lepas satu cerita pengajaran, terus ada ruang exercise macam mana kita nak buat perubahan yg sebegitu pada diri kita pula. Jangan risau. Buku ni bagi saya sesuai untuk semua peringkat umur tak kisah la yang masih bersekolah atau yg dewasa disebabkan apa yg dikongsikan dan gaya perkongsian yg umum dan tidak terlalu khusus pada satu2 golongan. Eh ada pengkhususan la. Lupa. Khas untuk orang yang nak berubah ke arah kebaikan. Dengan wang 13 ringgit yang korang bakal laburkan untuk beli buku ni, rasanya dah habis affordable harga ni. Antara kisah2 yang dimuatkan dalam buku ni adalah kisah pelajar yang sering dibuli secara mental dengan diejek dan dipanggil boyot sedangkan dia tak suka. Dia diejek lemah, kureng pandai dan sebagainya dan lama kelamaan dia pun rasa memang dia tak guna pun. Kadang kita terlupa kita adalah campuran ibu dan ayah kita. Jadi untuk mendapatkan keyakinan diri semula, boleh cuba dengan buat jadual dan senaraikan sifat2 dan bakat ibu dan ayah kita. Haa nak berubah ni pun kene realistik kan. Jadi mana2 bakat dan sifat2 yang kita rasa kita tak mewarisi atau belum diasah, boleh cross out atau org kg oren kata, potong. Jadi fokuskan dengan sifat2 dan bakat yg kita ada tu untuk berkhidmat pada org lain. Bagi saya perkara ni bukan sahaja berlaku pada budak sekolah, politik pejabat pun sama dahsyat. Jadi boleh la cuba teknik ni. Ada 16 kisah pengajaran berserta kit tindakan. Macam2 ada. Ada tentang cara nak jadi peramah, salurkan bakat dengan betul, jangan pandang rendah atau negatif pada org yg dahulunya nakal atau bermasalah tapi sedang berubah ke arah kebaikan. Ada tentang anak tangga yang membantu kita mencapai matlamat dan banyaaaaaakk lagi. Bukan taknak cerita semua. Nama pun review kan. Cerita nak bagi orang beli buku. Kalau cerita semua tu namanya meeting book club. Bukan review buku :P Apa lagi? Selamat berlari ke kedai buku berhampiran untuk SMILE ke arah kebaikan ;) Wassalam. Tajuk: Siapa Membeli Surga? Pengarang: Dr. Raghib As-Sirjani, dan Amru Khalid Penerbit: PT Aqwam Media Profetika Jumlah muka surat: 128 ISBN: 979-3653-30-2 Harga: RM 15.00 Buku siapa membeli surga ini adalah karya terjemahan yang asalnya ditulis dalam bahasa arab yang bertajuk "Al-Infaq fi Sabilillah. Man Yastariyal Jannah.". This book is highly recommended for those who feel so difficult to infaq (spend whatever they have for charity). Agak2 rasa liat bebenor nak sedekah2 ni, elok sangat baca buku ni. Insha Allah akan berkobar2 nak berinfak semasa dan selepas baca buku ni. Kulit buku dia pun dah ada isi penting dah. "Sedekah akan sampai terlebih dahulu ke dua tangan Allah sebelum sampai ke dua tangan si fakir". (Ummul Mukminin, A'isyah r.a.). Buku ini ditulis oleh 2 penulis dan setiap penulis membincangkan dari sudut pandang yg berbeza. Bahagian pertama buku ini ditulis oleh Amru Khalid yang mengupas tentang berinfak di jalan Allah manakal bahagian kedua yang bertajuk siapa membeli surga ditulis oleh Dr. Raghib As-Sirjani. Bahasa dan contoh yang digunakan dalam buku ni sangat santai but still menikam kalbu, tertusuk duri, potong bawang dan yang sewaktu dengannya. Banyak ilmu yang menarik berkaitan infak yg dikongsikan. Salah satunya adalah balasan orang yang berinfak ni, 700 kali ganda ganjarannya.Refer ayat 261 dalam Surah Al-Baqarah:"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya dijalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai terdapat 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui." Gila kentang punya bisnes. Ko hade meniaga untung sampai 700 kali ganda? Mimpi leeeee. Yang lagi sweetnya, perkataan yang Allah gunakan dalam ayat Quran yg mengajak manusia untuk berinfak pun sangat menunjukkan sifat Ar-Rahman. Ayat 245 dalam Surah Al-Baqarah: "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepadaNyalah kamu kamu dikembalikan". Dah la rezeki yang ada itu memang atas kurniaan Allah. Nak suruh kita bagi balik, seolah2 macam kata nak pinjam boleh? Kalau bagi pinjam, kita bagi itu ini. Harta Dia. Patutnya suka hati Dia lah. Tapi santunnya Allah pada kita. Malu weeehhhhhh. Ada lagi 1 ayat yang bagi kita, memang terserlah kepentingan infaq ni sebenarnya. Refer ayat 10 dari Surah al-Munafiqun. "Dan berinfaklah dengan sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu, sebelum datang kematian salah seorang di antara kamu, lalu ia berkata, 'Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?'. ". Tu diaaaa. Sampai yang dah meninggal pun nak hidup balik dan diberi peluang berinfak. Rasulullah s.a.w. sangat perlu dicontohi amalan infaknya. Dikatakan amalan infak Rasulullah s.a.w. ni lagi cepat dari angin yang berhembus. Nak tahu sebab apa diumpamakan dengan angin yg berhembus? i. Cepat. Rasulullah s.a.w. memang cepat, tangkas, cergas dalam bab2 infak ni. Takde nak fikir2 banyak. Rasa nak bagi, terus bagi. Takde nak analisa lama2 sangat. ii. Berterusan. Kalau deruhan nafas, ada tarik nafas, ada hembus kan? Ini angin. Takde nak tarik2 ni. Jalan terus. On all the time. Terus menerus dan tak berhenti. iii. Hembusan angin ni menyeluruh. Merata seluruh alam kan. Semua makhluk atas permukaan bumi ni dapat merasa angin yg lalu. Macam ni la jugak Rasulullah s.a.w. berinfak. No matter yang kaya, miskin, muslim, bukan muslim, arab tak arab, semua Rasulullah sumbang. Takde pilih2 kasih ni la. Ada 1 peristiwa yang kita rasa paling sesuai dan akan buat anda, anda dan anda respect habis pada Rasulullah s.a.w. Masa tu Rasulullah s.a.w. baru dapat harta rampasan dari Perang Hunain untuk bahagian Rasulullah s.a.w. Banyak sangat unta dan kambing milik Rasulullah s.a.w. Banyak tahap penuh celah antara dua bukit yang tersebar di padang yang luas. Haaa tu diaaa. Ada seorang Arab Badwi ni lalu dan nampak harta Rasulullah s.a.w. Kalau nak diceritakan dalam bahasa sekarang, orang Arab Badwi kemain puji huntunglee Rasulullah dapat harta banyak gitu. Rasulullah tanya dia, suka ke? Kalau suka, ambillah. Ambil semua. Rasulullah bagi kat dia SEMUANYA. Dia pun macam biar betul kan Muhammad ni? Tengah2 dia mengambil harta tu, Rasulullah senyum je tengok dia. Takde rasa ralat langsung! Ini yang kita nak kene didik diri kita ni T.T Banyak sangat2 lagi perkara menarik yang dibincangkan dalam buku ni. Sangat2 recommend member2 di luar sana baca buku ni. Mudah2an duit yg bakal digunakan untuk beli buku ni pun menjadi salah satu perniagaan kita membeli surga. Tajuk: Masa Dalam Kehidupan Pengarang: Dr. Yusuf al-Qaradhawi Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 152 ISBN: 978-967-366-185-5 Harga: RM 15.00 Alhamdulillah, seronok sangat dapat baca buku ni. Secara umumnya, buku ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian 1: Al-Quran dan Sunnah memberikan perhatian penting terhadap waktu, dan Bahagian 2: Masa manusia antara semalam, hari ini dan esok. Dalam bahagian 1, dikongsikan tentang pentingnya seorang muslim memelihara masa bagi urusan ibadah dan kehidupan sehariannya. Untuk menjadi muslim yg baik, sudah tentu beliau seorang yg mementingkan masa kerana bagi ibadah2 yg tertentu, hanya ada batas waktu tertentu untuk melaksanakannya. Contoh yg senang untuk difahami, untuk seseorang melakukan solat zohor, hendaklah dia menunggu hingga masuknya waktu solat zohor bagi menunaikan solat tersebut. Tetapi hendaklah dia menunaikan solat zohor sebelum masuknya waktu solat asar. Not too early, not too late. Time management is a crucial subject for a muslim. Nabi s.a.w. menceritakan, antara kandungan suhuf Nabi Ibrahim a.s. adalah, "Sepatutnya, orang berakal mempunyai 4 waktu. Waktu dia berdoa kepada Tuhan, waktu dia menilai diri, waktu dia memikirkan ciptaan Allah, dan waktu dia menunaikan keperluan makan dan minum.". Dikongsikan juga tentang yg Rasulullah s.a.w. pernah turut menasihatkan orang yang terlalu menumpukan bacaan al-Quran, sembahyang, dan puasa supaya bersederhana. Baginda menegaskan "Diri kamu mempunyai hak, kerluarga kamu mempunyai hak ke atas kamu, dan untuk tetamu kamu juga mempunyai hak ke atas kamu." Dalam bahagian 2 pula, kita boleh belajar tentang golongan yang obses dengan masa lalu. Tak sudah2 bermegah-megah dengan kejayaan tok neneknya atau kisah keturunannya. Dikongsikan juga ayat-ayat di mana manusia yang menolak ajaran para nabi dengan ayat yang lebih kurang berbunyi mereka memilih untuk mengikut apa yang selama ini telah diamalkan oleh datuk nenek mereka. Isi penting ini mengingatkan saya beberapa amalan budaya tradisi yang diagung2kan melebihi ajaran agama Islam. Bagi perbahasan berkenaan masa hadapan, penulis telah mengupas tentang pemikiran yang hanya memikirkan masa hadapan dan pada masa yang sama menolak dan melupakan segala warisan, sejarah dan panduan yang mengandungi pengajaran. Allah s.w.t. dalam al-Quran mengingatkan manusia supaya mengambil faedah daripada masa lampau (rujuk Surah al-Haj ayat 46). Seorang muslim juga dilarang berputus asa atau pesimis dalam menguruskan atau memikirkan perihal masa hadapan. Lagi meremang bila dikongsikan ayat 87 dari surah Yusuf, "Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". Dalam ayat 56 surah Al-Hijr pula di-highlight, "Nabi Ibrahim berkata "Dan tidak ada sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.".". Amacam? Ada rasa nak give up lagi ke on anything? Dikongsikan juga berangan-angan itu bukan sesuatu yang bagus. Mula-mula terfikir, bukan ke every success starts with a dream? Tapi di sini diterangkan tentang perbezaan berangan-angan dan menaruh harapan. Menaruh harapan disertai dengan amal jikalau tidak, ia hanya menjadi angan-angan. terdapat sebuah hadith yang bermaksud, "Orang yang bijak adalah orang yang menghitung diri dan beramal untuk hari selepas kematian. Orang yang lemah adalah orang yang mengikut hawa nafsu dan menaruh angan-angan kepada Allah". Manakala bagi golongan yang menaruh harapan, Allah memuji mereka dalam al-Quran (rujuk ayat 218 Surah Al-Baqarah). Diringkaskan, pandangan yang benar terhadap masa adalah dengan melihat masa lampau bagi menceduk pengajaran, Berkaitan perspektif hari ini dan esok, esok akan menjadi hari ini manakala hari ini akan menjadi semalam. Sentiasalah kita muhasabah diri supaya dapat beramal dengan lebih baik keesokan harinya. Disarankan juga, budaya sambutan hari jadi dengan meniup lilin and make a wish lebih baik digantikan dengan bermuhasabah tentang amalan sepanjang kita hidup dan bernyawa. Umur yang meningkat menandakan lebih dekat diri kita dengan kematian. Banyak lagi pengetahuan tentang masa yang dibincangkan dalam buku ni. Nak lagi deep, boleh dapatkan buku ni. Selamat membaca ! Jangan risau.
Ini bukan post berbayar. Benda baik kene puji dan sebar. Baru2 ni punya la payah cari cartridge printer dari satu kedai ke kedai lain. Maklumlah aku dok ulu kan. Payah nak cari barang2 teknologi ni. Tetiba terfikir, try la beli online. Ni akibat dah biasa beli buku online la ni, dah berjangkit beli cartridge printer pulak kan. Usha2 line kat Google, jumpa online shop namanya Toner Save. (klik untuk ke laman web mereka). Tengok instructions clear, macam boleh percaya je ni. Maka aku pun order la kat situ. Untuk pembayaran, boleh direct debit, credit payment takpun nak pakai PayPal pun boleh. Selesai pembayaran, mereka terus hantar resit pembayaran ke emel korang dan kemudian orang kedai akan call korang untuk confirm-kan order yang korang buat tu. Barang kemudiannya dihantar secara pos sama ada melalui perkhidmatan PosLaju atau GDex. Nak cerita aku punya puas hati sebab service cepat, website user-friendly memang senang gila nak guna, service pun okay (confirmation call, delivery barang ke post office pada hari yang sama (kalau order before 2pm), bungkus barang tip-top), so bagi aku yg duduk ulu experience cari cartridge dari kedai ke kedai menghabiskan duit minyak tak tentu hala, memang PUAS HATI GILA sebab harini order, esoknya sampai pintu rumah aku kat Kg. Oren. Barang pun memang original cartridge. Siap bagi free gift benda comel fruit notes. Bende kecik tapi buat customer happy. Sorry la takde upload gambar. Maklum la dok ulu. Internet cikai2 je asal boleh surf. Insha Allah ada rezki internet laju, aku upload bukti pembelian eh. Sekian, selamat hari raya! Tajuk: Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu Pengarang: Kiyai Haji Muhammad Hasyim Asy'ari Penerbit: Pelima Media Sdn. Bhd. Jumlah muka surat: 116 ISBN: 978-967-5999-15-4 Harga: RM 15.00 Kitab Faktor Adab dalam Meraih Berkat Ilmu ini merupakan terjemahan kitab berbahasa arab iaitu Adabul 'Alim wa Al-Muta'allim. Pada mulanya apa yang menarik aku untuk membeli buku ini adalah untuk menyegarkan ingatan bagaimana saya belajar mengaji dengan penuh adab sewaktu kanak-kanak dahulu dan bagi menyemarakkan semangat untuk mendalami ilmu pengajaran dan interaksi dengan bakal pelajar. Almaklum la insha Allah tahun depan dah kena mula mengajar. Kenalah mula update skill and knowledge nak tackle students. Buku ni senang cite ringkas, straight to the point tetapi masih penuh hikmah. Antara adab2 yang dimuatkan dalam buku ini ialah adab menuntut ilmu, adab pelajar terhadap guru, adab bagi guru, adab mengajar, dan tak ketinggalan adab terhadap kitab / buku pun ada. Kalau tengokkan nama penulis tu ada kiyai kat depan, mesti korang bajet2 ni buku buat orang belajar agama je. Seriously isi dan contoh yang dikongsi dalam buku ni memang boleh diaplikasi oleh ahli akademik tanpa mengira bidang. Lagipun tak baik tau pisah2kan pendidikan agama dengan sains bla bla. Sekular la uols ni. Bila dah selesai baca buku ni, rasa macam terpesong jauh dah aku punya adab belajar sekarang. Perlu kembali ke pangkal jalan. Insha Allah sama2 lah kita menceduk manfaat dari kitab ni supaya kita sama2 menjadi lebih beradab. Gitooh. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|