Pengajaran yang harus diambil melalui peristiwa hijrah:
1. Ridha dengan ketentuan Allah. Peristiwa: Sejak Rasulullah s.a.w. mengetahui wahyu pertama yang diterima oleh baginda adalah dari Jibrail a.s. yang merupakan malaikat yang juga menyampaikan wahyu kepada Nabi Musa, Waraqa bin Naufal telah memberitahu Rasulullah s.a.w. bahawa orang2 akan menentang baginda dan mengusir baginda, seperti yang dialami oleh para nabi yang lain. Walau begitu, Rasulullah tetap meneruskan dakwahnya untuk menyampaikan ayat-ayat Allah. 2. Mengambil sebab dan bergantung kepada empunya sebab. Peristiwa: Turunnya wahyu supaya Rasulullah s.a.w. berhijrah kerana kaum Musyrikin merancang untuk membunuh baginda s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. pun memulakan perjalanan berhijrah. Ketika bersembunyi di Gua Tsur, Saidina Abu Bakar r.a. sangat risau kalau-kalau kaum Musyrikin terjumpa mereka dan berjaya membunuh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. bertanyakan kepada Saidina Abu Bakar r.a., “Apakah pendapatmu tentang 2 orang dan yang ketiganya adalah Allah ?” 3. Doa dan Tawakal Peristiwa: Ketika dalam perjalanan berhijrah, Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. dikejar Suraqah bin Malik bersama kudanya. Rasulullah s.a.w. pun berdoa. Atas doa tersebut, Suraqah dan kudanya telah dibenamkan ke dalam tanah beberapa kali sehingga beliau pun berputus asa dan meminta maaf kepada Rasulullah s.a.w. 4. Tidak menipu walau dalam keadaan sulit. Peristiwa: Rasulullah s.a.w. memperkenalkan diri sebagai hamba Allah (Abdullah) apabila ditanya siapa namanya oleh Ummu Ma'bad, seorang wanita badwi. 5. Mendahulukan tetamu walau dalam keadaan sulit. Yang menuang air adalah yg terakhir untuk minum. Peristiwa: Dalam perjalanan hijrah, Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. sangat lapar dan dahaga. Baginda telah meminta izin Ummu Ma'bad memerah susu daripada kambingnya. Selesai memerah, Rasulullah s.a.w. telah memberikan susu yang diperah untuk diminum oleh Ummu Ma'bad dahulu. Kemudian kepada suami Ummu Ma'bad, kemudian Saidina Abu Bakar r.a., akhirnya barulah baginda minum. 6. Mengambil perkara yg baik / belajar dari orang yang bukan Islam adalah sesuatu yang dibenarkan. Peristiwa: Tawanan perang Badar hendaklah mengajar 10 orang muslim sehingga masing-masing pandai membaca dan menulis sebagai syarat untuk mereka dilepaskan dari menjadi tawanan. 7. Mencari ilmu itu sesuatu yang dituntut dan sangat penting. Peristiwa: Tahun ke-2 hijrah, Rasulullah mula menekankan pendidikan. Baginda melantik beberapa beberapa orang sebagai guru untuk mengajarkan al-Quran dan kemahiran menulis kepada orang Islam. 0 Comments Leave a Reply.
0 Comments
Leave a Reply. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|