Assalamualaikum wrt. Sihat kawan2? Kemain rajin dia kan hari2 update blog. Okay harini baru perasan yang impact factor 2012 dah keluar. *clap clap* Berkobar2 lah kononnya nak check mana yang impact factor tinggi dan publishing frequency nya juga tinggi. Dah lama tak guna research tool ni, terkial2 juga nak cari. Padahal dah berkursus bagai. Sudah tiba masanya untuk mendokumenkan langkah2 supaya lepas ni kalau lupa, ada tempat boleh rujuk. Kita mulakan dengan Langkah 1: Bismillah :) Langkah 2: Masuk website Web of Knowledge. Kalau nak kerja senang, google perkataan 'ISI Web of Knowledge JCR'. Website dia berupa macam gambar bawah ni. Klik pada 'View a group of journals by' dan pilih 'Subject Category' pada kotak pilihan. Kemudian klik 'Submit'. Langkah 3: Para penonton bapa2 ibu2 semua yang ada di sini, boleh pilih subjek yang berkaitan dengan bidang penyelidikan masing-masing. Sebagai seorang fluid mechanist (cewah perasan), saya pilih beberapa area seperti applied mathematics, mechanics bla bla. Haa camne nak tekan banyak2 tu? Tekan [Ctrl] kat keyboard, jangan lepas tau. Sambil tu, klik pada subjek2 yang anda berkenan. Dah siap klik? Dah puas hati? Okay sekarang boleh berhenti tekan butang [Ctrl] tu. Seterusnya, klik pada 'View Journal Data - sort by' dan pilih 'Impact Factor'. Fokus ye. Motip kita adalah nak dapatkan senarai jurnal mengikut impact factor. *serius* Langkah 4: Akan keluarlah senarai panjang berjela bermuka2 suratnya. Mesti rasa argh tak larat la aku nak check satu2 macam ni. Esok2 boleh tak? Jawapannya boleh, kalau anda save senarai ni. Selain cara tradisional tahap paleolitik iaitu copy dan paste satu persatu dalam MS Word, ada cara lebih pantas, efisyen penuh gaya, mutu dan keunggulan. Klik 'Mark All', kemudian klik pada 'Marked List'. nota: fungsi 'Mark All' ini hanya boleh tampung 500 jurnal saja. Dalam kes kita, ada 640 jurnal. Jadi kita buat dua trips la ye. Langkah 5: Pada 'Sorted by:', klik 'Impact factor' kemudian klik 'Sort again'. Selepas siap disusun, boleh klik 'Format for Print'. Langkah 6: Dia datang, jeng jeng jeng! Ewah zapin sikit. Boleh la nak print senarai ni. Buat yang environment friendly, boleh la print as pdf je. Lepas tu balik pada marked list dan sambung retrieve lagi baki jurnal yang tak masuk marked list. Selamat menerbitkan artikel dalam jurnak berimpak tinggi dear readers ! Aja aja fighting (bajet kawaii k-pop sikit). Untuk sama bidang dengan saya, boleh la dapatkan senarai jurnal berserta impact factor ni dengan klik di sini.
0 Comments
Leave a Reply. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|